Ini Senarai Pasukan Impian Ibrahimovic, Thuram Paling ‘Ditakuti’, De Gea Kena Pangkah

Zlatan Ibrahimovic telah memuat naik pasukan impian beliau. Senari ini banyak persamaan dengan pasukan impian Ibrahimovic pada 2014. Berikut adalah kesebelasan utama beliau yang terkini:

Penjaga gol – Gianluigi Buffon

TURIN, ITALY – MAY 17: Gianluigi Buffon during a press conference at Allianz Stadium on May 17, 2018 in Turin, Italy. (Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

Penjaga gol legenda ini dianggap antara salah seorang penjaga gol terbaik sepanjang zaman. Beliau bermain bersama Ibrahimovic ketika di Juventus.

Ibrahimovic berkata: “Hari pertama saya berlatih, Fabio Capello meletakkan bar yang sangat tinggi. Beliau menyuruh saya menggelecek kesemua pertahanan dan kemudian menjaringkan gol. Dan ketika itu Buffon di gawang, itu bermaksud tiada harapan untuk saya selesaikan tugas itu. Beliau penjaga gol terbaik dunia.”

Bek kanan – Lillian Thuram

Bekas pemain kebangsaan Perancis ini memiliki gaya permainan yang kental dan berdisiplin. Beliau bermain bersama dengan Ibrahimovic ketika di Juventus. Ibrahimovic menganggap Thuram seorang yang penuh falsafah dan pemain yang beliau paling hormati.

Ibrahimovic sangat ego dengan ramai orang, namun bukan dengan Lillian Thuram. Ibra berkata: “Beliau bukan gergasi tetapi sangat keras seperti batu. Bagi beliau, setiap sesi latihan adalah latihan untuk perlawanan final Piala Dunia.”

“Thuram juga selalu ‘sekolahkan’ saya. Pada suatu hari saya pulang ke rumah dengan ada lebam. Beliau berkata: ‘Ibra, kamu masih muda dan masih bodoh, tetapi kamu akan belajar daripadanya’.”

Jika Ibrahimovic tidak menyenaraikan Thuram, mungkinkah beliau akan kena ‘sekolah’ sekali lagi?

Bek tengah – Thiago Silva 

AC Milan Brazilian defender Thiago Silva, center, is embraced by teammates Zlatan Ibrahimovic (#11) of Sweden, and Luca Antonini, right, after scoring against Chievo Verona during a Serie A soccer match at the San Siro stadium in Milan, Italy, Sunday, Nov. 27, 2011. (AP Photo/Antonio Calanni)

Mereka bermain di AC Milan dan kemudiannya PSG. Ibrahimovic memuji Silva sebagai bek tengah paling lengkap. “Beliau adalah bek tengah paling lengkap pernah saya saksikan. Saya anggap beliau adalah Ibra di pertahanan. Jika ada beliau di belakang, saya tak perlu risau di hadapan,” kata Ibrahimovic.

Bek tengah – Alessandro Nesta 

Seorang lagi rakan beliau di AC Milan, Alessandro Nesta menjadi pilihan Ibrahimovic meskipun kedua-dua mereka pernah berseteru di atas padang. Ibrahomic berkata: “Beliau adalah guru Thiago Silva. Dengan beliau jangan pernah main-main, sentiasa serius. Jika anda perlu membuat keputusan pastikan ia tepat.”

Bek kiri – Maxwell

Maxwell adalah pemain paling berjaya di Eropah di dalam karier beliau. Maxwell dan Ibrahimovic pernah bermain bersama ketika di Ajax, Inter Milan, Barcelona dan PSG. Banyak kejayaan dan kenangan yang mereka kecapi bersama. Tak hairanlah Ibrahimovic dengan muda menamakan Maxwell di dalam pasukan impian beliau.

Ibra berkata: “Kisah saya dengan Maxwell semua orang tahu. Kami masih rapat sehingga hari ini. Kami selalu mengenakan corak pakaian yang sama. Beliau pemain yang elegan dan memilki teknik yang sangat baik.”

Tengah defensif – Patrick Vieira

Dianggap sebagai salah seorang pemain tengah defensif yang ‘most decorated’ pada generasi beliau. Vieira dan Ibrahimovic bermain bersama ketika di Juventus dan kemudiannya di Inter Milan.

“Vieira adalah pemain yang membantu saya menjadi pemain lebih baik. Beliau berlari di seluruh padang membantu meningkatkan kualiti rakan-rakan lain.”

Tengah ofensif – Pavel Nedved 

Pada zaman beliau bermain untuk Juventus, Pavel Nedved menjdi bakat yang sangat cepat meningkat naik. Pemain yang memiliki kreativiti tinggi dan lasak.

“Beliau adalah mesin, menjadi contoh kami semua ketika dan selepas latihan. Saya tidak tahu siapa lagi profesional yang lebih serius daripada beliau. Kerajinan beliau dibalas dengan Ballon d’Or.”

Tengah ofensif – Xavi

Perancang tengah yang memiliki visi luar biasa ini bermain sepasukan dengan Ibrahimovic di Barcelona. Beliau dianggap antara perancang tengah paling elegan dalam generasi beliau. Menjadi simbol penting kegemilangan Barcelona.

Ibrahimovic menjelaskan: “Di Barcelona beliau digelar ‘Mister Perfect’. Beliau tak pernah melakukan kesilapan dan sentiasa tahu untuk merencana bola itu ke mana.  Kadangkala kita melakukan hantaran jauh, Xavi berkata; ‘Jangan jangan jangan’, bagi bola kepada saya [kalau kamu buntu]’. Jadi, bagaimana anda  boleh menyalahkan beliau?”

Sayap kanan – Lionel Messi

Lionel Messi menjadi pemain muda paling mengujakan ketika Ibrahimovic bermain di Barcelona. Pemain yang lincah dan kini sudah ada 5 Ballon d’ Or.

“Pemain daripada PlayStation yang muncul di alam nyata. Kami menikmati beberapa detik yang indah,” kata Ibrahimovic yang menggambarkan Pep Guardiola punca beliau dan Messi tidak bermain bersama lebih lama.

Sayap kiri – Ronaldinho

Pakar skil ini agak sukar untuk dikeluarkan daripada senarai. Ibrahimovic sentiasa mengagumi kegeniusan dan personaliti Ronaldinho.

“Kami bermain bersama tak lama. Namun beliau seorang genius – membuatkan permainan bola sepak sangat menyeronokkan. Kadangkala pihak lawan pun memberikan tepukan di atas apa yang beliau lakukan.”

Penyerang utama – Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic

Ibra memilih dirinya sendiri sebagai penyerang.

Dalam senarai simpanan Ibrahimovic, beliau ada sedikit pembetulan – di mana beliau memadam nama De Gea, menggantikannya dnegan Julio Cesar. Bekas penjaga gol Brazil itu bermain sangat baik ketika kemuncak karier di Inter Milan.

Senarai simpanan

Julio Cesar
Fabio Cannavaro
Andres Iniesta
Clarence Seedorf
Gennaro Gattuso

Senarai yang dikongsi Ibrahimovic semalam adalah hampir sama dengan senarai beliau pada 2014. Cuma beliau menukar formasi kepada 4-3-3 dan mempertimbangkan De Gea di dalam senarai pasukan simpanannya.

Selain itu, Cannavaro digantikan dengan Alessandro Nesta. Sementara itu Iniesta ditolak ke bangku simpanan digantikan dengan Ronaldinho.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN