Mourinho: Penggantungan City Cerahkan Peluang Tottenham Ke UCL

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho sudah mula menghidu peluang untuk pasukannya mendapatkan slot ke Liga Juara-Juara Eropah sekalipun berdepan dengan cabaran beberapa pasukan lain yang kini sedang berusaha untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas.

Spurs akan berdepan Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad ini. Pasukan tersebut kini hanya ketinggalan empat mata sahaja dengan pasukan di tangga keempat, Chelsea selepas mereka mencatat kemenangan 2-0 ke atas Manchester City tempoh hari.

Bercakap kepada BBC, jurulatih kelahiran Portugal itu mengatakan beberapa pasukan lain seperti Manchester United dan Sheffield United juga sudah tentu mengimpikan sasaran yang sama.

“Saya rasa mungkin ramai yang terlupa bahawa dalam liga ini, terlalu banyak pasukan yang mampu bersaing hebat. Wolverhampton Wanderers, Sheffield United, Manchester United dan juga Arsenal. Ini bukan soal Spurs dan Chelsea sahaja.” katanya.

Tottenham telah melantik bekas pengurus Chelsea dan Manchester United itu bagi menggantikan Mauricio Pochettino selepas pasukan itu mencatat keputusan buruk pada awal musim ini sekalipun mereka menamatkan saingan UCL di tempat kedua selepas tewas kepada Liverpool pada perlawanan akhir pada musim lepas.

Bercakap mengenai penggantungan Manchester City oleh UEFA dari menyertai kejohanan Eropah, Mourinho mengatakan beliau semakin optimis dengan peluang Spurs kerana pasukan yang menamatkan kedudukan di tempat kelima juga mungkin boleh layak ke UCL.

Tottenham kini masih berpeluang untuk mendapatkan trofi kerana masih bersaing dalam saingan UCL dan juga Piala FA.

Dengan kredebiliti Mourinho yang berjaya mendapatkan trofi untuk setiap kelab yang diwakilinya, beliau kini sudah mula berkira-kira untuk menjulang sekurang-kurangnya satu trofi dalam musim pertamanya.

“Saya tahu, trofi adalah perkara yang dimahukan oleh semua kelab. Saya rasa Piala FA adalah pertandingan yang lebih releven untuk dicapai. Kerana pasukan yang tidak berada di kedudukan empat teratas juga boleh mengimpikan untuk mendapatkannya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN