Legenda Perak, Kedah ‘Berentap’ Sempena Unity Shield 2020

Legenda

Kerinduan penyokong Perak dan Kedah untuk melihat kelibat pemain legenda mereka sedikit terubat selepas pemain legenda kedua-dua pasukan berentap pada aksi pertunjukan bersempena Unity Shield 2020, petang tadi.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Ragbi Perak itu menyaksikan pemain-pemain legenda seperti Chan Kok Heng, M. Nagaraja, P. Gunasekaran, Mat Zahir Wahab, Mohd Farouk Ismail, Fauzi Nan, Faridzuan Che Hamid dan ramai lagi menjayakan program sampingan menjelang aksi Unity Shield yang bakal berlangsung pada sebelah malam itu.

Meskipun sebahagian daripada legenda tersebut sudah agak berusia tetapi corak permainan serta semangat dipertontonkan pada perlawanan ini nyata menghiburkan para penyokong yang tidak melepaskan peluang memeriahkan perkarangan stadium.

Legenda Kedah berada di hadapan pada awal permainan apabila Mohd Farouk Ismail menanduk cantik bola hasil hantaran lintang rakan sepasukan untuk membuka tirai jaringan sebelum P. Gunasekaran kembali menyamakan kedudukan.

Pemain gantian Legenda Perak, Isham Shahruddin membuktikan usia bukan penghalang untuk menyerlahkan sentuhan penyudah dimilikinya setelah kuisannya dalam kawasan penalti meletakkan Perak di hadapan.

Memasuki babak kedua, Mat Zahir Wahab berjaya melepasi perangkap ofsaid sekaligus dengan tenang menyudahkan peluang bagi menewaskan penjaga gol Perak, Khairudin Idris.

Permainan yang disambung ke separuh masa ketiga memberikan peluang buat Syazwan Mohd Noor menambah jaringan untuk Perak hasil gerakan solonya yang gagal dikejar Fauzi Nan lalu melepaskan rembatan membolosi gawang Kedah.

Walaupun selepas itu kedua-dua pasukan bekerja kerjas untuk mengubah kedudukan, keputusan 3-2 itu kekal hingga tamat permainan.

Dalam pada itu, turut diadakan jualan jersi dan kalender bersempena perlawanan ini dan 10 peratus daripada hasil penjualan tersebut akan disumbangkan kepada bekas pemain Perak yang memerlukan.

Kredit foto: Perak FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN