Dalam sidang media menjelang perlawanan final Piala EFL, pengurus Manchester United tampil di hadapan media dengan baju CR.
Beliau memberitahu wartawan ia adalah tanda sokongan kepada Claudio Ranieri (CR). Mourinho ternyata kecewa dan sukar menerima berita pemecatan Claudio Ranieri kelmarin.
Mourinho berpendapat, Leicester patut lebih menghormati Ranieri. Ini kerana, pencapaian luar biasa Leicester hasil tangan Ranieri musim lalu.
Ia dianggap antara peristiwa terhebat dalam sejarah sukan manusia.
Silap dia tak tamatkan liga di tangga ke-12
Mourinho berkata:
“Saya rasa, Claudio melakukan ‘kesilapan’ musim lalu. Daripada membantu Leicester menjuarai EPL, beliau sepatutnya hanya membantu pasukan tersebut menamatkan liga di tangga ke-12.”
“Dengan itu, jawatan beliau masih selamat kerana Leicester hanya bermain untuk mengelak penyingkiran.”
Pemain mulai mementingkan diri sendiri
Mourinho membidas pemain-pemain Leicester yang mulai naik tocang. Ia dikatakan punca kepada pemecatan Claudio Ranieri.
“Beliau (Ranieri) terpaksa ‘membayar’ harga kejayaan tersebut.”
“Ketika musim bermula, ramai mulai bersikap mementingkan diri sendiri, ada yang hanya fikirkan pasal kontrak baru, ada yang memikirkan bila nak keluar.”
“Ada yang berfikir soal wang, dan mereka lupa akan orang yang telah membantu mereka sampai di satu tahap yang tinggi.”
“Tapi itulah realiti dunia kami (pengurus) sekarang, ada beberapa falsafah terpaksa dilupakan. Ketika saya dipecat oleh Chelsea saya ingat ia sesuatu yang sangat teruk.”
“Tapi sekarang, ia cuma sebesar kacang berbanding dengan cerita Ranieri. Di instagram saya tunjukkan sokongan untuk dia, dan juga baju CR saya hari ini.”
“Tidak ada seorang yang boleh memadam sejarah.”
Baca juga: Melaka Berhadapan ‘Free Scoring’ Pahang, Misi Jadikan Stadium Hang Jebat Sebagai Fortress