TMJ Gigih Berlatih Untuk Buru Slot Dalam Skuad JDT?

Dalam post terbaru Johor Southern Tigers, mereka menyatakan JDT akan melakukan 3 perubahan besar pada Mei nanti.

Salah satu daripada 3 perubahan itu adalah dengan menandatangi pemain baru yang merupakan pemilik kelab mereka sendiri.

Tunku Mahkota Johor ataupun lebih popular dengan panggilan TMJ akan didaftarkan pada Mei ini.

Ia bakal menempa sejarah baru dalam bola sepak Malaysia apabila menjadi pemilik-pemain (player-owner) yang pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Kelihatan TMJ sedang serius dalam latihan fizikal dan kecergasan dengan jurulatih. Ianya untuk mengejar tempat atau slot di dalam skuad JDT nanti.

Foto: JST

Ia mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang tertanya-tanya sama ada ia gurauan dengan makna tersirat?

Ataupun memang TMJ serius untuk menjadi pemain bola sepak profesional dalam liga M.

Jika Ya, ramai yang tidak sabar-sabar untuk melihat aksi baginda di atas padang. Wah! Dah ada banyak peminat nampaknya.

Ada yang bertanya, jika bermain, di mana poisisi baginda nanti.’

Kisah TMJ dan bola sepak

TMJ memang dikenali dengan minat baginda bermain bola sepak. Baginda juga mengakui beliau sangat suka bermain bola sepak selain daripada sukan polo.

Kami masih teringat satu perkongsian baginda dalam rancangan Obviously Harith.

Baginda berkata:

“Dalam satu perlawanan bola sepak, saya telah melakukan tackle ke atas pemain lawan.”

“Ia adalah kad merah, memang straight red.”

“Tetapi pengadil hanya memandang ke arah saya dan berkata, play-on.”

“Sejak hari itu saya rasa saya perlu berhenti bermain bola sepak.”

Apapun kita sama-sama nantikan status sebenar kenyataan JST ini dalam masa terdekat ini.

Jika benar ia berlaku, ia tak bermaksud TMJ akan menjadi pemain utama pasukan. Baginda mungkin menjadi tambahan kepada skuad ini.

Rasanya makin larislah jualan tiket lepas ni.

Namun kami juga merasakan ini adalah post yang ironik dan sinikal. Baginda sendiri memang suka pergi ke gym.

Jadi, sama-sama kita tunggu penjelasan baginda.

Baca juga: Undian Pusingan 16 Terbaik Europa League, United Bertemu Rostov!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN