Mourinho Nafi Hubungan Dengan Ed Woodward Retak

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata hubungan beliau dan Ed Woodward kekal baik, dalam sidang media yang sangat ringkas dari kebiasaan semalam.

United melalui jendela perpindahan musim panas yang mengecewakan setelah Mourinho gagal mendapatkan pemain pertahanan tengah yang dipintanya.

(Photo by Manchester United/Man Utd via Getty Images)

 

Pengurus dari Portugal itu juga dikatakan mahukan seorang pemain tengah menyerang, namun akhirnya terpaksa berpuas hati dengan tiga pemain- Free (pemain tengah), Diago Dalaot (bek kanan/kiri), dan Lee Grant (penjaga gol).

Pengurus itu juga dikatakan berhadapan hubungan tegang dengan Anthony Martial, manakala Paul Pogba membayangkan kekecewaan beliau selepas kemenangan ke atas Leicester.

Kekalutan di dalam kem Manchester United semakin menjadi apabila pasukan itu dikejutkan oleh Brighton 3-2 pada minggu lalu, namun Mourinho berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Woodward.

(Photo by Dan Istitene/Getty Images)

“Sudah tentu hubungan kami adalah baik. Kami langsung tidak mempunyai masalah,” ujar Mourinho yang tiba 30 minit lebih awal untuk bercakap kepada media, tetapi hanya meluangkan masa 8 minit untuk sidang media tersebut.

Selepas kekalahan kepada Brighton, Pogba mengakui Manchester United tidak memperagakan sikap dan mentaliti yang sepatutnya, dan beliau juga wajar dipersalahkan seperti mana yang lain.

Ketika ditanya apakah yang dimaksudkan oleh Pogba, Mourinho berkata:

(Photo by Chris Brunskill Ltd/Getty Images)

“Paul [Pogba] yang berkata demikian, maka Paul sendiri harus menjelaskan maksud tersebut. Jika anda mahukan penjelasan, anda harus mendapatkannya dari beliau,” kata Mourinho.

Berita baik dari sidang media ini ialah apabila Mourinho mengesahkan Antonio Valencia, Nemanja Matic, Alexis Sanchez dan Diogo Dalot telah kembali menyertai latihan setelah sebelum ini mengalami kecederaan.

Namun Mourinho berkata beliau akan mengambil masa untuk menilai kecergasan setiap pemain tersebut sebelum memutuskan untuk menurunkan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN