Mourinho Mahu ‘Hijack’ Sanchez Daripada Man. City, Tawar Mkhitaryan Kepada Arsenal

The Guardian melaporkan Manchester United telah melakukan bidaan untuk menandatangani Alexis Sanchez dariapda Arsenal.

Semalam laporan daripada England melaporkan Manchester City memberikan 2 pilihan kepada Sanchez, sertai pada Januari ataupun Julai nanti.

City sudah menghantar bidaan £20 juta untuk mendapatkan Alexis Sanchez dengan tawaran gaji sekitar £250,000 seminggu. Jauh lebih rendah daripada yang diminta oleh Sanchez untuk kekal di Arsenal.

Namun City menawarkan bonus kepada Sanchez bernilai £15 juta jika tandatangan kontrak pada Januari.

Tetapi, jika Sanchez mahu sertai Julai nanti, City akan mendapatkan Sanchez dengan percuma. Sanchez hanya perlu tandatangan pra-kontrak dan bakal mendapat bonus £30 juta.

United mahukan Sanchez

Laporan terbaru The Guardian mendedahkan Manchester United melakukan bidaan £25 juta untuk Alexis Sanchez. Pastinya menarik untuk melihat sama ada Wenger sanggup melepaskan Sanchez ke pasukan seteru peribadi beliau Jose Mourinho.

Kali terakhir pemain ‘marquee’ Arsenal menyertai United adalah pada 2012 dengan nilai £24 juta. Pemain yang menjadi pemain penting membawa kejuaraan EPL terakhir ke Old Trafford.

Manchester United turut membuka peluang kepada Arsenal untuk mendapatkan Mkhitaryan. Tiada harga diletakkan United setakat ini.

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 11: Henrikh Mkhitaryan of Manchester United shakes hands with manager Jose Mourinho after being substituted during the Premier League match between Manchester United and Watford at Old Trafford on February 11, 2017 in Manchester, England. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Pemain yang dianggap bakal menjadi pemain sensasi United selepas aksi cemerlang awal musim, Henrik Mkhitaryan telah gagal menepati harapan Mourinho. Beliau menerima gaji £200,000 seminggu. Angka sangat besar untuk pemain duduk di bangku simpanan.

Arsene Wenger kini sedang cuba merisik Malcom yang bermain di Bordeaux untuk menggantikan Alexis Sanchez. Dilaporkan, ejen pemain tersebut akan bercakap dengan pihak Arsenal pada mingu ini.

https://www.youtube.com/watch?v=u6wEf3Amx48&t=38s

Aarsenal disaingi oleh Manchester United dan Spurs. Dengan polisi gaji Spurs yang menjadi subjek persaingan, rasanya Manchester United dan Arsenal adalah calon utama untuk mendapatkan pemain itu kecuali Malcom sanggup menerima gaji lebih rendah di Spurs.

Jadi, jika Arsenal melepaskan Sanchez ke United, Jose Mourinho dijangka akan menamatkan minat ke atas Malcom dan memberikan peluang besar kepada Arsenal untuk mendapatkan pemain itu.

Bordeaux meminta bayaran sekurang-kurangnya £45 juta untuk pemain tersebut dan lebih memilih pasukan yang sanggup membiarkan pemain itu kekal di Bordeaux sehingga akhir musim.

Situasi nampak sukar untuk Arsenal kerana, Sanchez mungkin akan pergi pada Januari.

Alexis Sanchez adalah pemain serba boleh dan dibangunkan menjadi penjaring gol sensasi. Beliau boleh bermain di semua peranan di serangan termasuk 9 jadian.

Pada pra-musim 2017/18, Manchester City menawarkan £50 juta untuk Sanchez namun ditolak oleh Arsenal. Wenger masih yakin Sanchez dan Ozil akan melanjutkan kontrak baru di Arsenal cuma menunggu masa sahaja.

Beberapa minggu lalu, Alexis Sanchez menggembirakan penyokong Arsenal dengan menyatakan dia akan menandatangani kontrak baru. Namun ia masih tak berlaku.

Selain daripada Sanchez, Manchester United turut dikaitkan dengan Mesut Ozil yang masih belum menandatangani kontrak baru di Arsenal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN