FMLLP Umum Jadual Perlawanan, Garis Panduan Perjalanan Liga Malaysia 2018

Stadium Shah Alam

Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) sebentar tadi mengumumkan jadual perlawanan dan juga serba sedikit tentang garis panduan perjalanan Liga Malaysia untuk musim 2018.

Kali ini FMLLP tampil lebih teliti dalam menyusun jadual perlawanan demi memastikan kelancaran saingan pada musim hadapan.

Sumber: FMLLP, Facebook.

Antara faktor yang dipertimbangkan dalam pembikinan jadual saingan Liga Malaysia 2018 ialah jadual pertandingan antarabangsa dan acara sukan tempatan di bawah kalendar AFC, AFF dan juga FIFA seperti AFC Champions League 2018, AFC Cup 2018, SUKMA 2018 dan juga Piala AFF Suzuki 2018.

Bagaimanapun, hanya jadual perlawanan pusingan pertama Liga Super Malaysia dan juga 100Plus Liga Premier yang diumumkan, tatkala jadual untuk pusingan kedua hanya akan dikeluarkan oleh badan penganjur tersebut selewat-lewatnya 60 hari sebelum pusingan kedua bermula.

Sumber: FMLLP, Facebook.

FMLLP turut memberi keutamaan kepada wakil negara di saingan kelab peringkat Asia, dengan jadual melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor akan dipinda jika JDT mara ke saingan AFC Champions League dan Selangor layak ke saingan Piala AFC 2018.

Badan penganjur bola sepak negara berkenaan turut mengumumkan beberapa perkara untuk kemudahan penyokong dan makluman setiap pasukan bertanding.

Sumber: FMLLP, Facebook.

Tempoh perjalanan liga akan berlangsung selama 6 bulan, dari Februari sehingga Julai 2018, membabitkan 22 perlawanan oleh setiap pasukan. Ini bermakna setiap pasukan akan menjadi tuan rumah sebanyak 11 kali, dan turut akan berkunjung ke gelanggang lawan untuk 11 perlawanan.

Bagi memberi keadilan kepada setiap pasukan, tempoh 2 hari tempoh perjalanan dan rehat turut akan diberi di antara perlawanan untuk setiap pasukan yang bertanding.

Manakala bagi pasukan yang akan bertanding di pentas Asia, tempoh minima 2 hari dan 3 hari maksima akan diberikan kepada setiap pasukan.

Sumber: FMLLP, Facebook.

Tertakluk kepada hasil undian Piala FA yang akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian, sesebuah pasukan turut berkemungkinan beraksi sebagai tuan rumah untuk 3 perlawanan berturut-turut, dengan setiap pasukan tidak akan beraksi di gelanggang sendiri melebihi 2 perlawanan secara berturut-turut di saingan liga.

Jika pada musim lalu menyaksikan jadual Liga Malaysia sering dipinda akibat kejohanan-kejohanan besar dan untuk memberi laluan kepada Ramadhan, FMLLP mengumumkan bagi musim 2018, liga hanya akan berehat pada tarikh-tarikh ‘FIFA Days’, berdasarkan kalendar badan bola sepak dunia tersebut.

FMLLP turut mengesahkan perlawanan liga, saingan Piala FA, TM Piala Malaysia akan diteruskan mengikut jadual walaupun ketika Piala Dunia, Sukan Asia dan SUKMA 2018 berlangsung.

Sumber: FMLLP, Facebook.

Walaupun demikian, FMLLP tetap bermurah hati untuk memberikan rehat kepada pemain dan pegawai yang terbabit di dalam saingan pada musim ini pada perlawanan akhir Piala Dunia yang akan berlangsung di Rusia pada tahun ini.

Sambil mengesahkan Kuala Lumpur akan beraksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada musim hadapan, badan penganjur tersebut turut mengumumkan perkongsian venue bagi beberapa pasukan pada musim hadapan. Antaranya ialah:
a. Stadium Shah Alam (Pasukan PKNS FC dan Felcra FC)
b. Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. (Pasukan Kuala Lumpur dan PDRM – TBC)
c. Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. (Terengganu FC & Terengganu FC II)
d. Stadium Majlis Perbandaran Selayang (Kuantan FA – TBC & UKM FC – TBC)

Manakala skuad Mehmet Durokovic akan beraksi di Stadiul TLDM, Lumut bagi 2 perlawanan pertama di tempat sendiri bagi memberi laluan kepada kerja baik pulih Stadium Perak di Ipoh sehingga Mac yang akan datang.

Sumber: FMLLP, Facebook.

Beberapa pasukan turut disahkan belum mempunyai venue pilihan masing-masing seperti PDRM FA, Kuantan FA, dan UKM FC, manakala Selangor dijangka akan mengumumkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai pilihan venue tuan rumah dalam masa terdekat.

Bagi membenarkan perlawanan Liga Super dan Liga Premier disiarkan secara langsung, maka hari perlawanan ialah pada Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk perlawanan pada hujung minggu.

Manakala pada perlawanan pertengahan minggu, ia akan diadakan pada Selasa, Rabu atau Khamis. Langkah ini bertujuan untuk membenarkan semua pasukan yang bertanding memperolehi liputan secara adil oleh penyiar rasmi liga.

Ayuh semak jadual perlawanan pasukan kesayangan anda!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN