Mourinho: “Lukaku Mungkin Tiada Dalam Kesebelasan Utama Dalam Final Piala FA”

Jose Mourinho menyatakan yang Romelu Lukaku mungkin tidak akan dapat memulakan perlawanan untuk Man. United dalam final Piala FA menentang Chelsea.

Ini selepas pemain tersebut kelihatan masih bergelut untuk cergas 100%. Mourinho menjangkakan pemain itu akan berada di senarai simpanan pemain dan mungkin boleh terlibat dalam beberapa minit aksi.

Lukaku disisihkan selepas kecederaan di buku lalu ketika menentang Arsenal. Beliau akan direhatkan dalam perlawanan menentang Watford pada Ahad ini.

Mourinho tetap berharap pemain tersebut berjaya pulih sepenuhnya menjelang final Piala FA pada 19 Mei ini.

“Kalau boleh, memang kami mahu beliau beraksi dalam final. Dia ketika ini di Belgium, menjalani rawatan. Pasukan perubatan kami sentiasa berhubung dengan doktor beliau di Belgium.”

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 15: Romelu Lukaku of Manchester United looks dejected after the Premier League match between Manchester United and West Bromwich Albion at Old Trafford on April 15, 2018 in Manchester, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

“Kami akan menunggu sama ada beliau boleh beraksi dalam final. Paling tidak pun sebagai pemain simpanan.”

Lukaku telah menjadi pemain penting dalam skuad Jose Mourinho sejak menyertai kelab tersebut.

Piala FA musim ini adalah peluang untuk kapten Michael Carrick menjulang piala sebelum beliau bersara selepas United tersingkir di UCL dan menamatkan EPL di tanga ke-2.

Mourinho bagaimanapun menafikan akan menurunkan skuad lemah menentang Watford. Beliau berjanji akan menurunkan skuad terbaik kecuali ada pemain yang cedera, digantung ataupun tak cergas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN