MSL 2018: Harry Novillo Sumbang Gol Pertama Untuk JDT, Ikat Selangor Di Cheras

Selangor menghadapi tugas sukar untuk mencari mata untuk menjarakkan diri dari zon penyingkiran apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium KLFA, Cheras.

Apa yang menarik mengenai perlawanan ini adalah Selangor meletakkan Saiful Ridzwan sebagai ketua pasukan tuan rumah malam ini selepas Razman Roslan dan Amri Yahyah tidak diturunkan.

Dalam masa yang sama, duo pemain Indonesia iaitu Ilham Udin dan juga Evan Dimas turut kembali dalam kesebelasan utama Selangor.

JDT turun beraksi dengan pemain baharu dengan Jorge Silva dan Harry Novillo diturunkan buat kali pertama untuk pasukan pelawat.

Pasukan pelawat berjaya memecah kebuntuan seawal minit ke-3 menerusi Gonzalo Cabrera selepas pusingan beliau dalam kotak penalti berjaya mengelirukan pertahanan.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Beliau kemudiannya dengan mudah menewaskan Khairul Azhan dari jarak dekat.

Selangor kembali memberikan respon dalam perlawanan ini menerusi Saiful selepas rembatan dari luar kotak beliau terkena Hariss Harun dan mengelirukan Farizal Marlias pada minit ke-14.

Rufino Segovia kemudiannya memberikan pendahuluan kepada Selangor selepas berjaya menewaskan pertahanan 2 minit selepas gol dari Saiful.

Para pemain Selangor meraikan gol menentang JDT. Gambar: JOHOR Southern Tigers

Ia merupakan gol ke-8 beliau pada musim ini untuk pasukan Selangor dalam saingan liga.

Jorge Silva cuba mendapatkan gol pertama beliau bersama JDT apabila gerakan beliau berjaya mengucar kacirkan pertaha

nan namun rembatan beliau terus ke dakapan Azhan.

2 minit kemudian, Evan cuba untuk menjaringkan gol ketiga Selangor namun rembatannya melewati palang gol.

Selepas gol kedua Selangor, nyata tempo permainan sudah meningkat dari kedua-dua pasukan.

Ia nyata lebih baik berbanding 10 minit pertama apabila kedua-dua pasukan masih berhati-hati untuk mencari gol terutamanya Selangor.

Cabrera cuba mendapatkan gol kedua peribadi beliau pada minit ke-31 namun rembatan beliau menyerong dan mudah ditangkap boleh Azhan.

Selangor diancam dengan siri serangan JDT apabila dua kali percubaan singkat oleh Novillo berjaya ditolak oleh Azhan sebanyak 2 kali pada minit ke-37.

Safawi Rasid turut melakukan percubaan namun percubaan susulan beliau tidak menepati sasaran.

JDT cukup berbahaya ketika berada dalam kotak penalti Selangor apabila pertahanan Selangor dengan mudah diatasi oleh penyerang JDT terutamanya A. Namathevan.

Malah Namathevan merupakan pertahanan terakhir yang ditewaskan Cabrera sebelum beliau menjaringkan gol pertama perlawanan.

Selangor hampir menambah gol menerusi Evan apabila hantaran lintang beliau tidak berjaya disambut oleh mana-mana pemain namun hampir masuk terus ke pintu gol JDT pada minit ke-41.

Percubaan Safawi pada masa kecederaan separuh masa pertama terus memberikan bahaya menerusi rembatan luar kotak namun rembatannya belum lagi berhasil untuk JDT.

Separuh masa kedua bermula dengan JDT bermula dengan usaha terus untuk mencari gol penyamaan mereka.

JDT hampir menjaringkan gol kedua pada minit ke-50 menerusi Hariss selepas menerima hantaran sepakan percuma dari Novillo.

Kuisan yang dilakukan oleh Hariss kemudiannya tersasar dari sasaran.

10 minit pertama permainan di separuh masa kedua nyata menyaksikan kedua-dua pasukan aktif mencari gol.

Novillo mempunyai peluang untuk menjaringkan gol namun sepakan percuma dari jarak dekat beliau pada minit ke-60 hanya singgah ke benteng Selangor.

Percubaan susulan beliau sejurus selepas itu hanya melewati palang gol.

Novillo terus gagal untuk mencari gol untuk JDT selepas rembatan luar kotak beliau melambung tinggi pada minit ke-66.

Akhirnya Novilla berjaya juga menyamakan kedudukan pada minit ke-68 selepas hantaran lambung dari Cabrera dalam kotak penalti berjaya menemui Novillo dalam kotak D (D-box) Selangor.

Gol tersebut merupakan gol pertama beliau bersama JDT musim ini.

Secara keseluruhannya, kedua-dua pasukan mempamerkan perlawanan yang menarik bagi pihak neutral.

JDT jelas menguasai perlawanan menerusi jumlah percubaan ke arah pintu gol. Akan tetapi, Selangor hanya memerlukan beberapa peluang sahaja untuk memperoleh 2 gol.

Keputusan penuh – Selangor 2-2 JDT.

Kesebelasan utama

Selangor: Khairul Azhan (penjaga gol), A. Namathevan, K. Kannan, Evan Dimas, Saiful Ridzwan (ketua pasukan), Halim Zainal (K. Sarkunan 78′), Alfonso De La Cruz, Ilham Udin (Amri Yahyah 81′), Joseph Kalang (Azizul Baharuddin 70′), Willian Pacheco, Rufino Segovia

JDT: Farizal Marlias (penjaga gol), Marcos Antonio, Afiq Fazail (Hazwan Bakri 84′), Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Hariss Harun (ketua pasukan), Jorge Silva, Corbin Ong, Fadhli Shas, Safawi Rasid (Nazmi Faiz 62′), Harry Novillo (Azrif Nasrulhaq 90′)

Pegawai perlawanan

Pengadil: Suhaizi Shukri

Pembantu pengadil 1: Yusri Muhamad

Pembantu pengadil 2: Khalid Aris

Pengadil ke-4: Rahmat Jantan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN