Jose Mourinho kecewa dengan kegagalan para pemain beliau mengimbangi kualiti Liverpool terutama sekali pada separuh masa kedua. Manchester United tewas 3-1 di tangan Liverpool di Anfield dalam perlawanan yang agak ‘one way traffic’ didominasi The Reds.
Mourinho kemudian agak bengang ketika wartawan Sky Sports bertanya: “Dengan kedudukan sekarang, dapatkan kamu memperbaiki keadaan?”
Mourinho menjawab: “Apa maksud memperbaiki yang kamu sebut itu? Untuk menjuarai EPL? Sudah tentu tidak dapat. Namun kami yakin masih mampu menamatkan saingan di 4 teratas. Ianya tak mudah, namun kami yakin akan menamatkan saingan di kedudukan 6 teratas.”
“Sekarang ini kita cuba berada di 5 teratas dahulu, kemudiannya 4 teratas.”
Beliau menegaskan Liverpool menang kerana mereka pasukan lebih baik. Mourinho memberikan penilaian beliau ke atas pretasi pasukannya dalam perlawanan tersebut. Beliau memuji intensiti oleh Liverpool terutama sekali Andy Robertson yang menjelajah di seluruh padang dengan larian beliau tanpa henti.
“Liverpool intensif, agresif, mereka bermain bola sepak dengan kelajuan 200 batu/jam ketika dengan bola atau tanpa bola. Mereka fizikal dan objektif. ”
“Dan saya masih berasa letih melihat Robertson melakukan larian 100 meter setiap minit. Sememangnya luar biasa. Dan inilah kualiti.”
“Robertson, Mane, Salah, Wijnaldum, Keita, Fabinho – mereka ini pemain yang fizikal. Di atas semua itu, mereka pemain yang bagus secara teknikal. Saya pun ada ramai pemain yang bagus secara teknikal, namun kami tidak ada pemain yang berintensiti dan berfizikaliti seperti mereka.”
“Apabila perlawanan ini berlangsung dengan intensiti tinggi – ia menyulitkan kami. Pada 20 minit pertama kami tak mampu menarik nafas, tekanan daripada mereka sangat intensif.”
“Awal 20 minit itu ada beza jarak yang sangat besar di antara mereka dan kami. Mereka lebih intensif, lebih fizikal dan mereka serba serbi lebih baik berbanding kami.”
💯 Here's Mourinho on Liverpool: "fast, intense, aggressive, physical, objective…" "They play at 20 0mph with the ball and without the ball" pic.twitter.com/Agv39dADLA
— This Is Anfield (@thisisanfield) December 16, 2018
Mourinho juga menyatakan pasukannya hampir membuatkan Liverpool hilang fokus. Ini apabila bek tengah Liverpool, Lovren dan Van Dijk mulai melakukan percubaan dari jarak jauh. Akhirnya Man. United dihukum kerana tidak mampu bertahan lebih baik pada gol ke-2 dan ke-3.
“Namun kami berjaya mengimbangi perlawanan pada kedudukan 1-1. Gol ke-2 dan ke-3 itu sukar untuk diterima. Lihat cara kami bertahan, mereka mendapat 2 gol itu daripada bola muntah (rebound).”
Manchester United kini sudah melepaskan 29 bolos, lebih 1 bolos berbanding bolos mereka sepanjang musim lalu. Mourinho juga bengang dengan wartawan yang mempersoalkan keikhlasan para pemain bermain untuk beliau.
“Adakah kamu cuba mempersoalkan keikhlasan apra pemain? Saya percaya mereka ikhlas. Kamu pula percaya pemain tidak ikhlas. Pemain kami memberikan komitmen tertinggi setiap hari, setiap minit. Jika pemain tidak memberikan yang sepenuhnya baru kamu boleh tuduh mereka tidak ihklas.”
“Pemain di atas padang telah melakukan segalanya. Kita tidak mampu menyaingi intensiti dan fizikaliti Liverpool. Walaubagaimanapun, kami tetap masih ada harapan sehinggalah mereka menjaringkan gol ke-3.”