Hazard: “Persaingan EPL Masih Terbuka Dan Chelsea Masih Belum Menyerah Kalah”

Bintang Chelsea, Eden Hazard menegaskan bahawa pasukannya masih enggan menyerah kalah dalam persaingan merebut gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, meskipun pasukan itu berada dikedudukan ke-4 dibawah Liverpool, Manchester City dan Tottenham Hotspur.

Chelsea kini 8 mata ketinggalan di belakang skuad kendalian Jurgen Kloop yang menerajui liga dan begitu dahagakan kemenangan untuk kembali meletakkan kempen mereka pada landasan yang betul.

Bagi Hazard, beliau tidak melihat terdapat jurang perbezaan mata yang terlalu ketara diantara empat pasukan teratas dan menggangap peluang masih terbuka untuk pasukannya mencipta kejutan.

Perlawanan yang sukar

Ditanya mengenai perlawanan dengan Brighton, Hazard mengakui pasukannya mengalami sedikit kesulitan apabila Brighton berjaya merapatkan kedudukan kepada 2-1 menerusi jaringan Solly March (66′). Hazard menjaringkan 1 gol dan mencipta 1 gol untuk Pedro – dalam peranan 9 jadian.

Beliau berkata: “Sudah tentu, cara kami menang perlawanan ini cukup sukar. Perlawanan ini salah satu yang paling penting untuk musim ini, terutamanya selepas pertemuan dengan Manchester City.”

“Ketika waktu rehat, kami menyedari yang kami perlu mencetak gol ketiga, apabila berjaya mendahului 3-0, maka tidak mudah bagi pihak lawan untuk mengejar kedudukan.”

Hazard: “Kami masih yakin”

Selepas berjaya menewaskan Man. City 2-0 minggu lalu, The Blues sekali lagi meneruskan rentak kemenangan selepas berjaya menewaskan Brighton 2-1 di Stadium Amex.

Perlawanan semalam menyaksikan Hazard sekali lagi berjaya membuktikan kehebatannya dengan menyumbangkan satu gol dan satu bantuan gol buat Pedro untuk mencipta gol pertama buat pasukan.

Ditanya pula, apakah Chelsea masih meletakkan sasaran menjuarai liga, Hazard menjawab; “Tentu sahaja, kami ingin berada dikedudukan teratas pada akhir musim nanti.”

“Saya tahu Manchester City dan Liverpool merupakan pasukan yang bagus, tetapi kami bersama mereka dan mulai sekarang, kami tidak mahu jarak perbezaan mata bertambah.”

“Kami ingin menang dan menjadi pasukan terbaik di Inggeris.” tegas Hazard.

Selepas ini Chelsea akan berdepan A.F.C Bournemouth untuk saingan Piala Inggeris peringkat suku akhir, sebelum bertemu Leicester City di Stamford Bridge pada 22 Disember 2018.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN