Paul Pogba jelas tidak gembira ketika dikeluarkan oleh Jose Mourinho. Beliau nampak termenung panjang. Namun banyak persoalan timbul, adakah Pogba dikeluarkan kerana aksi hambar ataupun kerana kecederaan?
Gary Neville dalam analisis beliau memberitahu yang hari Pogba berakhir semalam ketika dia tidak melompat untuk mencabar bola yang menuju ke zonal beliau ketika bertahan bola mati.
Neville memberitahu yang jasad Pogba ada di situ tetapi hakikatnya dia ‘tiada’ di situ. Pogba hilang fokus.
Ia mencetuskan gol kemenangan Newcastle United. Pogba dikeluarkan beberapa minit selepas gol Ricthie.
Pogba beraksi di bawah par semalam dan dikritik hebat oleh ramai pihak. Jose Mourinho pula mempertahankan prestasi Pogba dan menyatakan pemain termahal dalam sejarah United itu dikeluarkan kerana pertimbangan taktikal.
Ditanya sama ada Pogba ada masalah kecederaan, Mourinho menyatakan pemain itu tiada masalah dengan kecederaan.
“Paul Pogba Tiada masalah (dengan kecederaan).”
Kenapa beliau mengeluarkan Pogba? Ini adalah jawapan beliau:
“Saya cuma mahukan fasa lebih baik menentang pasukan yang bertahan dengan blok sangat kompak. Jadi, saya perlukan bola sepak lebih mudah daripada Michael Carrick.”
“Pogba sudah mencuba terbaik untuk membuatkan bola sepak mudah dengan menghubungkan Sanchez dan Lukaku. Beliau seperti penyerang kedua.”
Mourinho memberitahu yang Pogba sudah berada di zon yang beliau patut berada ketika bertahan dan Mourinho merasakan wartawan cuba meletakkan beliau dalam keadaan yang tidak sepatutnya dengan mengkritik pemain sendiri. Mourinho enggan memberikan komen tentang hal itu.
Beliau yakin setiap pemain United sudah tahu tanggungjawab mereka ketika bertahan seperti mana ketika sesi latihan.
Ini adalah kekalahan ke-5 Manchester United musim ini. Mereka ketinggalan 16 mata di belakang Manchester City yang menang besar.