KLFA Nafi Abaikan Penyokong Sendiri Dan Lebihkan Penyokong Lawan

Beberapa hari lalu, kumpulan penyokong setia pasukan Kuala Lumpur, iaitu Ultras Kuala Lumpur yang turut dikenali sebagai ‘The City Boys’ mengumumkan bahawa mereka ‘tidak akan beraksi’ untuk memberi sokongan ketika pasukan Kuala Lumpur berhadapan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tindakan ‘tidak akan beraksi’ diumumkan oleh The City Boys melalui laman media sosial Facebook milik kumpulan penyokong itu pada petang tadi atau kata lain ialah untuk tidak menghadiri perlawanan tersebut.

Tindakan oleh The City Boys ini dipercayai kerana rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), yang memperuntukkan sehingga 80% kapasiti tempat duduk kepada penyokong JDT yang dijangka akan membanjiri Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras

Mengulas mengenai dakwaan itu, Setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustaffa berkata kepada Kosmo, tuduhan tersebut tidak berasas ke­rana KLFA sentiasa menjaga kebajikan peminat-peminat skuad The Hawks.

“Itu satu tuduhan tidak benar. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberikan arahan-arahan terperinci berhubung tempat duduk penyokong kedua-dua pasukan.

“Kita sudah menyediakan bahagian kepada penyokong-penyokong. 50-50, bukannya 20 kepada Kuala Lumpur dan 80 peratus kuota diberikan kepada peminat-peminat JDT.

“Namun perubahan kuota itu mungkin bertukar kepada 40 kepada Kuala Lumpur dan 60 kepada JDT atau 45 kepada Kuala Lumpur atau JDT sebanyak 55 peratus kerana kami sedar Kuala Lumpur tidak memiliki ramai peminat seperti JDT.

“Namun jika penyokong-penyokong Kuala Lumpur boleh beri jaminan untuk meme­nuhi stadium dengan membeli tiket, KLFA boleh memberikan tiga per empat kapasiti tempat duduk.

“Jika tidak boleh, lebih baik tempat duduk kosong itu diberikan kepada peminat yang sanggup membeli tiket kerana KLFA mahu menjana pendapatan hasil kutipan tiket,” katanya.

Pasukan Kuala Lumpur melakar kejutan apabila menewaskan juara Liga Super 4 kali, JDT 1-0 semalam. FOTO: KL Hawks

Nokman berharap tuduhan liar seperti itu tidak ditimbulkan kerana KLFA sentiasa mengutamakan peminat-peminat tuan rumah.

“Jadi, saya berharap perkara ini tidak timbul pada masa akan datang. Jika benar peminat-peminat Kuala Lumpur ramai sehingga lebih 3,000 orang, kami akan beri jaminan kuota pasukan tuan rumah menjadi kelebihan buat mereka.

“Namun jika hanya yang datang sekitar 1,000 orang, seperti saya katakan tadi tempat duduk kosong itu baik diberikan kepada peminat yang bayar tiket kerana KLFA mahu menjana pendapatan.

“Jika betul peminat-peminat Kuala Lumpur itu ramai, sila penuhkan Stadium Kuala Lumpur,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN