Mourinho Haramkan Pemain Spurs Tonton Rakaman Dibelasah Bayern Munich

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menghalang pemainnya daripada menonton ulang tayang perlawanan yang menyaksikan mereka dibelasah teruk 7-2 oleh Bayern Munich di laman sendiri pada awal kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Ketika itu Spurs dikendalikan oleh Mauricio Pochettino dan Mourinho yang menggantikan jurulatih warga Argentina itu telah menonton rakaman video tersebut dan beliau mengatakan tidak mahu pemain-pemain pasukan itu mengingatinya lagi.

“Saya halang semua imej [perlawanan] itu. Saya sudah menontonnya dua kali. Saya dan staf sudah membuat analisis bagi melihat segenap aspek, tetapi tidak satu pun imej itu akan ditunjuk kepada pemain,” kata Mourinho semasa sidang media pra perlawanan.

“Ada beberapa cara yang kami cuba untuk terapkan dan cuba untuk membina prinsip dalam corak permainan. Jadi kami akan fokus sepenuhnya untuk perkara itu.”

Kedua-dua pasukan sudah pun layak ke peringkat kalah mati dan bakal bertemu di Allianz Arena pada Rabu. Mourinho yang sedang membuat persiapan rapi untuk berdepan gergasi Jerman itu tidak membawa Dele Alli, Serge Aurier, Harry Kane dan Jan Vertonghen kerana mahu merehatkan mereka.

“Ini adalah peluang yang besar buat sebahagian mereka [pemain simpanan] untuk beraksi dan tunjukkan apa yang mereka mampu lakukan.

“Pemain dalam pertandingan adalah berbeza dengan pemain dalam latihan. Segelintir daripada pemain saya tidak mendapat peluang untuk diberikan lebih banyak minit permainan dalam lima perlawanan sejak saya tiba di sini,” katanya lagi.

“Kami ada begitu banyak perlawanan untuk dihadapi sehingga tahun baru dan semua pihak boleh faham mengapa kami membuat sedikit perubahan dengan merehatkan beberapa pemain dan memberikan peluang kepada yang lain.”

Spurs juga masih tidak dapat menggunakan khidmat penjaga gol Hugo Lloris dan Michel Vorm, pertahanan Ben Davies, pemain tengah Erik Lamela, Harry Winks dan Tanguy Ndombele disebabkan masalah kecederaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN