RASMI: Pertahanan Dari Senegal Babacar Diallo Diumum Import Baharu TFC

Terengganu FC (TFC) hari ini mengumumkan jersi nombor 5 yang sinonim dengan pemain pertahanan tengah utama pasukan adalah milik pemain import dari Senegal iaitu Babacar Diallo sekaligus melengkapkan kuota pemain import pasukan itu.

Pemain berusia 30 tahun itu sebelum ini pernah beraksi untuk pasukan di Turki, Finland, Amerika Syarikat dan Austria. Pasukan terakhirnya sebelum menyertai TFC adalah Kuopion Palloseura (KuPS), kelab yang bersaing dalam liga utama Finland, Veikkausliiga.

Bersama KuPS, pemain yang berketinggian 1.93 meter itu pernah beraksi di pentas Eropah iaitu pusingan kelayakan Europa League yang menyaksikan beliau muncul penjaring gol dalam saingan tersebut.

Dengan pengalaman yang dimiliki, sudah tentu TFC meletakkan harapan yang tinggi buat pemain yang dipanggil ‘Baba’ itu untuk mempimpin bahagian pertahanan dan menjadi watak penting dalam membantu pasukan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2020.

Ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain yang memberi kenyataan kepada laman web rasmi kelab memaklumkan, beliau kini akan memberikan tumpuan bersama pasukan dalam membina keserasian antara pemain.

Tujuannya adalah untuk membentuk pasukan yang boleh bermain dalam satu unit dan Baba adalah antara watak penting dalam proses baginya untuk memantapkan semua posisi pasukan.

Leave a Reply