Mourinho: “De Gea Tak Pernah Buat Kesilapan Itu Di United, Pasti Ada Sebab”

Sepakan dari Cristiano Ronaldo pada minit ke-44 separuh masa pertama menyaksikan Portugal berjaya mendahului perlawanan seketika.

Yang menjadi tumpuan apabila jaringan kedua Ronaldo itu terhasil  menerusi kesilapan mudah yang dilakukan penjaga gol Sepanyol, David De Gea.

Dea Gea tertampan bola ke dalam gawang sendiri ketika cuba menghalang rembatan Ronaldo dari luar kotak penalti.

SOCHI, RUSSIA – JUNE 15: David De Gea of Spain looks on during the 2018 FIFA World Cup Russia group B match between Portugal and Spain at Fisht Stadium on June 15, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Tersentak jaringan tersebut, Sepanyol kembali bangkit pada separuh masa kedua dan meraih gol kedua dan ketiga menerusi jaringan Diego Costa dan Nacho Fernández.

Namun, hasrat Sepanyol untuk memperoleh kemenangan tidak kesampaian apabila Ronaldo berjaya menyamai kedudukan selepas sepakan percumanya gagal diselamatkan oleh De Gea di penghujung perlawanan.

Susulan dari insiden tersebut, para penyokong mula meragukan akan kreabiliti penjaga gol utama La Roja itu.

Namun, disebalik suara-suara keraguan dari para penyokong, Jose Mourinho tampil mempertahankan anak buahnya.

Bercakap kepada Goal, Mourinho mempertahankan pemainya itu yang sebelum ini beraksi cemerlang bersama Manchester United dan berpendapat anak buahnya itu sedar tentang kesilapannya yang dilakukan.

“De Gea itu pemain saya. Sukar untuk saya memperkatakannya tetapi ia benar-benar satu kesilapan yang teruk, dan dia tahu kesilapan itu.”

Mourinho turut berkata De Gea tidak pernah melakukan perkara seperti itu ketika bersamanya di United.

“Kesilapan seperti itu tidak pernah dilakukan oleh dia(De Gea) ketika bersama kami di Manchester United.”

“Malah dia telah berjaya dinobatkan sebagai ‘Player of The Season’ atas prestasi cemerlang yang dipamerkannya.” katanya.

“Bagaimanapun, ia berlaku dengan sebab tersendiri.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN