Mourinho Dan De Boer Berperang Mulut Kerana Rashford

Frank de Boer memberitahu yang beliau kasihankan Marcus Rashford kerana bermain dengan pengurus seperti Mourinho.

Rashford menjaringkan 2 gol ke atas Liverpool untuk membantu United menang 2-1. De Boer percaya pemain seperti Rashford harus bermain lebih banyak perlawanan.

“Yang kasihannya pada Rashford adalah apabila pengurus dia adalah Mourinho. Dia adalah pemain Inggeris dan anda harus memberikan pemain seperti ini lebih banyak masa perlawanan dan mereka diberikan peluang walaupun melakukan kesilapan.”

“Tetapi dengan Mourinho, tidak begitu. Dia mahukan keputusan. Apabila Rashford tidak bermain baik dalam 1 atau 2 perlawanan, terus sahaja beliau disisihkan.”

“Beliau adalah pemain yang sangat muda, perlukan lebih perlawanan, tetapi dia seorang yang sangat berbakat. Anda mahu menyaksikan pemain ini setiap minggu.”

Rashford hanya bermain di kesebelasan utama sebanyak 14 kali daripada 27 penampilan musim ini. Beliau disenaraikan di saat akhir minggu lalu selepas Pogba tercedera.

Membalas kritikan De Boer, Mourinho agak panas dengan kenyataan bekas pengendali Crystal Palace tersebut. Beliau berkata:

“Pengurus terburuk dalam sejarah EPL, Frank De Boer, 7 perlawanan 0 menang 0 seri 7 kalah, dengan 0 gol berkata yang tidak elok untuk Rashford memiliki pengurus seperti saya. Kerana perkara yang penting bagi saya adalah menang.”

“Mungkin dengan dia (De Boer) pemain ini akan belajar bagaimana cara kalah setiap perlawanan. Itu perkara yang saya tidak ajar kepada Rashford.”

“Saya cuba yang terbaik untuk mengeluarkan yang terbaik daripada budak ini. Jujurnya saya berterima kasih dan memberikan kredit kepada orang di akademi yang bertanggungjawab dalam formasi beliau.”

“Begitu juga Encik Van Gaal yang bertanggungjawab menguruskan beliau dalam musim pertama bersama skuad senior.”

“Jika anda semak balik berapa jumlah perlawanan yang dia ada dengan saya, anda akan dapati Rashford antara 5 pemain yang paling banyak perlawanan dalam 2 musim terakhir saya di sini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN