Mourinho: “Chiellini Dan Bonucci Boleh Buka Kelas Bek Tengah Di Havard”

Mourinho memuji kualiti luar biasa pertahan Juventus terutama sekali Chiellini dan Bonucci yang disifatkan beliau sudah menjadi pensyarah di Havard mengajar subjek bagaimana menjadi bek tengah.

Mourinho dalam sidang media yang sama seakan-akan menyindir pengurusan Manchester United yang liat dalam membantu beliau mendapatkan pemain baharu terutama sekali bek tengah baharu.

Pengurusan Man. United dikatakan tidak mahu memberikan dana besar untuk bek tengah keran Mourinho sudah mendapatkan bek tengah seperti Eric Bailly dan Lindelof sebelum ini.

Menurut Mourinho, Juventus adalah contoh pasukan yang tak mudah berpuas hati dengan kualiti pemain yang mereka ada.

Mourinho gagal mendapatkan beberapa sasaran beliau pada jendela perpindahan lalu termasuk Harry Maguire, Toby Alderweireld, Diego Godin dan Leonardo Bonucci.

Bonucci sebelum perlawanan menentang Man. United mendedahkan akan hal itu. Walaupun sudah berbelanja hampir £400 juta, Mourinho merasakan pasukan yang hebat akan terus berbelanja untuk menambahkan kekuatan pasukan.

“Mereka ada Gonzalo Higuaín, Mario Mandzukic, Dybala dan masih mahukan lebih ramai pemain. Mereka mahukan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.”

“Mereka ada Andrea Barzagli, Chiellini, Daniele Rugani. Mereka masih tak berpuas hati. Mereka mahu Bonucci.”

“Jadi, pasukan besar bukan sahaja ada sejarah yang hebat tetapi perlu ada keinginan untuk memiliki masa depan yang besar.”

“Macamana kita nak menyaingi tahap Juventus? Barcelona, Manchester City? Bagaimana anda nak sampai kepada tahap mereka?”

“Ya, dengan membeli pemain terbaik. Ianya bukan mudah kerana ramai pemain yang hebat bermain untuk pasukan yang besar. Jadi kami perlu bekerja untuk itu dan cuba memperbaiki kualiti yang kami ada.”

Mourinho memuji kualiti Chiellini dan Bonucci dalam membantu Juventus menang 0-1 ke atas Man. United.

Ia juga aspek yang Mourinho rasakan sangat penting dalam membantu Allegri membentuk pasukan Juventus yang berjaya.

“Apa yang kami harapkan tak tiba, namun kesemua pemain kami sudah mencuba, kesemua pemain kuat, kuat secara mental dan berusaha sehingga ke akhir perlawanan.”

“Juventus ada merasakannya, walaupun mereka menguasai perlawanan pada separuh masa pertama, pada separuh masa kedua, mereka bertahan untuk menamatkan perlawanan dengan seorang bek tengah tambahan kepada 2 bek hebat Chiellini dan Bonucci.”

“Encik Bonucci dan Encik Chiellini sepatutnya membuka kelas di Universiti Havard dan mengajar tentang bagaimana nak menjadi bek tengah.”

https://twitter.com/IFTVofficial/status/1055062867253301253

“Mereka adalah pasukan yang memiliki segalanya. Bakat mereka ada merata-rata di atas padang. Jadi, ianya perlawanan yang sukar untuk kami.”

“Apabila bercakap tentang kualiti, kadangkala orang hanya melihat Cristiano Ronaldo, Paulo Dybala, dan Miralem Pjanic.”

“Namun dalam pasukan hebat, anda harus melihat juga kepada Chiellini dan Bonucci dan saya rasa mereka berada di hadapan kami dalam semua aspek.”

“Saya harus mengakui Juventus berada di kelas berbeza, berpengalaman dan tahu apa nak buat.”

“Asas kepada pasukan mereka ialah Chiellini dan Bonucci yang membuatkan barisan serangan dapat menyerang dengan bebas. Hilang bola, tiada masalah, ‘kami (Chiellini dan Bonucci) ada di sini’.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN