Mourinho Berasakan Beliau Dapat Layanan Tak Adil Semasa Di Premier League

Sejak meninggalkan Manchester United, bekas pengurus Jose Mourinho dilihat cukup terbuka menceritakan pengalaman beliau di England.

Sebelum ini beliau mengatakan yang dirinya tidak mendapat sokongan ketika di jendela perpindahan seperti yang diperoleh Pep Guardiola dan juga Jurgen Klopp.

Kali ini, ianya berkisarkan mengenai 2 pengurus itu juga tetapi dalam keadaan yang berlainan.

Menurut laman Goal, Mourinho mengatakan yang dirinya sering mendapat layanan yang tidak adil berbanding pengurus lain di Premier League.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 08: Jose Mourinho, Manager of Manchester United looks on prior to the Premier League match between Manchester United and Fulham FC at Old Trafford on December 8, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Gareth Copley/Getty Images)

Hal ini kerana, tindakan beliau di tepi padang pastinya akan mengundang persepsi negatif dan akan dihukum oleh badan induk bola sepak.

Sementara jika Guardiola atau Klopp yang melakukannya, ianya akan dipuji kerana mempunyai semangat yang tinggi dalam bola sepak.

“Ada orang dia keliru perbezaan antara semangat dan kawalan emosi. Saya akan berikan contoh, dan anda akan tahu yang saya betul kerana situasi yang sama melibatkan pengurus berbeza tetapi hasil yang berlainan.”

“Apabila Jose Mourinho bertindak teruk di tepi padang, menendang botol, beliau buat itu dan ini maka dirinya akan dihukum denda dan dihukum.”

“Bila Jurgen Klopp lakukannya, beliau istimewa. Bila Pep Guardiola buat ianya dianggap istimewa. Bila saya buat, saya dihukum.”

Mourinho sebelum ini pernah terlibat dalam beberapa situasi yang mengundang persepsi negatif pada musim ini sebelum meninggalkan Manchester United.

Beliau terlibat dengan pergaduhan bersama staf kejurulatihan Chelsea di Stamford Bridge dan membaling botol air ketika menang di Old Trafford.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN