Quantcast

BERITA

ACL 2019: Perak Mahu Manfaatkan Peluang Beraksi Di Gelanggang Sendiri

Pasukan Perak mahu menggunakan kelebihan yang mereka miliki untuk memastikan perjalanan mereka dalam saingan bola sepak Asia tidak hanya berakhir seawal di halangan pertama.

Menurut laman Berita Harian, pengendali Perak iaitu Mehmet Durakovic mengatakan pasukannya perlu menggunakan dengan sebaik-baiknya kelebihan bermain di laman sendiri.

Perak akan menentang wakil dari Hong Kong iaitu Kitchee SC.

“Kesempatan beraksi di laman sendiri perlu digunakan dengan sebaik-baiknya kerana saya yakin para penyokong akan turut beramai-ramai ke Stadium Perak pada perlawanan itu kelak.”

Buat masa kini, kelebihan jelas memihak Kitchee SC yang sudah skuadnya ‘sudah’ panas kerana musim liga domestik mereka sedang berjalan.

Sedangkan bagi Perak, aksi bola sepak tempatan hanya bermula pada bulan Februari kelak.

Perak dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2018.

Kata Durakovic, perlawanan sebegini jelas merupakan satu pengalaman penting buat para pemain kerana ianya adalah aksi yang lebih tinggi tahapnya berbanding sebelum ini.

Bagi majoriti para pemain Perak, ianya merupakan pengalaman baharu dalam karier bola sepak peringkat kelab bagi mereka.

“Saya yakin ianya merupakan pengalaman baharu buat para pemain saya.”

Perlawanan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) ini diadakan dengan format pusingan kalah mati satu perlawanan.

Seandainya menang, Perak yang bermula di pusingan kedua kelayakan akan layak ke pusinga ketiga bertemu wakil dari Ulsan Hyundai dari Korea Selatan.

Perak bakal bertemu Kitchee SC di Ipoh pada 12 Februari ini.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!