Mourinho Risau Kerana Jendela Perpindahan Suram, Woodward Pula Ambil Cuti Kerana Ragbi

Di kala Eksekutif pasukan lain bertungkus lumus mencari pemain baru, sehingga ada yang bermalam di pejabat, Ed Woodward pula pergi bercuti ke New Zealand.

CEO Manchester United itu berkunjung ke New Zealand kerana mahu menyaksikan pasukan British & Irish Lions menentang All Blacks.

Jose Mourinho bengang kerana beliau sudah menyerahkan senarai nama pemain yang dikehendaki beliau. Setakat ini United hanya berjaya membawa masuk Victor Lindelof.

Antara pemain dikatakan dalam senarai Mourinho ialah Nemanja Matic, Fabinho dan juga Alvaro Morata. Mourinho juga mahu Woodward menyemak status semasa Donnarumma di Milan yang menolak kontrak lanjutan.

Mourinho mahu berbelanja besar sekali lagi kerana United akan bersaing dalam UCL pada musim akan datang. Mourinho pada musim lalu melakukan beberapa pembelian sensasi. Namun ia masih belum cukup.

Selepas ini Manchester United akan terbang untuk jelajah pra musim di USA. Sebab itulah Mourinho mahukan perpindahan segera dilakukan oleh Ed Woodward.

Mourinho pada Mei lalu mengesahkan yang beliau sudah menyerahkan senarai pemain yang beliau mahukan. Beliau berkata:

“Ed Woodward sudah menyimpan senarai pemain yang saya mahukan. Beliau ada tempoh 2 bulan untuk meneliti senarai tersebut. Kini terpulang kepada Woodward dan pemilik kelab.”

Sebelum ini Mourinho kecewa dengan cara United mengendalikan rundingan untuk mendapatkan Griezmann. Pemain tersebut akhirnya menandatangani kontrak baru dengan Atletico.

Sumber/rujukan:

Independent – http://www.independent.ie/sport/soccer/premier-league/jose-mourinhos-transfer-frustrations-begin-to-boil-over-as-ed-woodward-takes-in-lions-tour-in-new-zealand-35894660.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN