Jose Mourinho menafikan yang beliau sudah menyerah kalah dalam persaingan kejuaraan liga. Beliau memberitahu wartawan, jika beliau merasakan begitu, beliau sudah berada di Brazil atau Los Angeles untuk bercuti.
Skuad Pep Guardiola mencatatkan kemenangan ke-15 berturut-turut untuk mengekalkan jarak pendahuluan 11 mata daripada United.
“Kami akan bermain perlawanan demi perlawanan dan cuba untuk terus menang. Kami ada perlawanan sukar di West Brom selepas ini dan cuba untuk menang.”
“Kejuaraan ini akan berakhir hanya pada Mei. Jika ia berakhir sekarang, saya sudah berada di Brazil atau Los Angeles untuk bercuti.”
Mourinho menyatakan yang anak-anak buat beliau keletihan dengan jadual yang padat.
“Keletihan? Ya. Mabuk? Tidak!”
“Perlawanan seperti ini penting, jika menang ia membantu anda dalam proses kembali cergas. Jika kalah ia tidak membantu.”
“Lawan kami hari ini sukar dan keadaan hari ini pun sukar. Kami tidak tenang sepanjang perlawanan kerana tidak dapat gol kedua.”
“Saya gembira dengan 3 mata. Ia perlawanan yang sukar. Mereka ada kelebihan rehat sehari berbanding kami. Mereka lebih cergas daripada kami secara fizikal dan metal.”
Mourinho juga memberitahu yang tiada istilah nombor 1 ataupun nombor untuk Luke Shaw dalam posisi beliau. Sebaliknya pemain itu adalah opsyen!