Statistik: Purata Gaji Pemain 7 Pasukan Teratas EPL Setakat ini

Kali ini kami bentangkan analisis purata gaji mingguan pemain setiap pasukan denagan pencapaian semasa pasukan di EPL.

1. Manchester United

Purata gaji mingguan: £100,792
Kedudukan semasa: 2

Manchester United pada awalnya sudah mengurangkan sedikit purata gaji pemain mereka. Namun dengan kemasukan semula Ibrahimovic, ia telah menambah semula purata itu. Gaji tertinggi dilaporkan milik Paul Pogba dengan £290,000 seminggu.

HOUSTON, TX – JULY 20: Manchester United midfielder Paul Pogba (6) and Manchester City midfielder Leroy Sané (19) fight for ball during the International Champions Cup match between Manchester United and Manchester City on July 20, 2017 at NRG Stadium in Houston, Texas. (Photo by Leslie Plaza Johnson/Icon Sportswire via Getty Images)

2. Manchester City

Purata gaji mingguan: £100,691
Kedudukan semasa: 1

Manchester City adalah yang kedua tertinggi dari ranking gaji. Guardiola telah berbelanja besar dalam jendela perpindahan pemain yang lalu.

14th October 2017, Etihad Stadium, Manchester, England; EPL Premier League football, Manchester City versus Stoke City; Kyle Walker of Manchester City chasing a high ball followed by Eric Maxim Choupo Moting of Stoke City (Photo by Roland Harrison/Action Plus via Getty Images)

Mereka sangat cemerlang musim ini dengan baru sahaja mencatatkan kemenangan ke-15 berturut-turut dalam EPL mengatasi rekod Arsenal yang dicipta pada 2002 dengan 14 kemenangan berturut-turut.

3. Chelsea

Purata gaji mingguan: £85,600
Kedudukan semasa: 3

Pengurusan Chelsea berjaya mengurangkan purata gaji mereka dengan perlepasan beberapa pemain utama mereka. Angka ini dijangka akan meningkat pada Januari ini selepas Conte dilaporkan masih ada dana untuk dibelanjakan untuk pembelian pemain baharu.

4. Arsenal

Purata gaji mingguan: £77,639
Kedudukan semasa: 7

Arsenal masih lagi belum melanjutkan kontrak Mesut Ozil dan Sanchez yang dikatakan masing-masih meminta kenaikan yang agak luar biasa daripada Arsenal.

Kedudukan semasa dalam liga adalah di tangga ke-7 selepas mereka diikat West Ham.

5. Liverpool

Purata gaji mingguan: £70,190
Kedudukan semasa: 5

Liverpool tidak memiliki purata gaji yang tinggi meskipun musim lalu mereka melanjutkan kontrak pemain utama mereka Phillipe Coutinho.

Liverpool’s Senegalese midfielder Sadio Mane (C) celebrates scoring their fourth goal during the UEFA Champions League Group E football match between Liverpool and Spartak Moscow at Anfield in Liverpool, north-west England on December 6, 2017. / AFP PHOTO / PAUL ELLIS (Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Mereka berkedudukan di tangga ke-5 liga setelah mensia-siakan peluang memintas Chelsea pada hujung minggu lalu dan gagal menang dalam perlawanan menentang West Brom.

6. Tottenham Hotspur

Purata gaji mingguan: £60,667
Kedudukan semasa: 4

Kemenangan Spurs pada awal pagi tadi melonjakkan mereka ke tangga ke-4. Mereka menjual pemain seperti Kyle Walker dan telah melanjutkan kontrak pemain mereka dengan kadar gaji sangat minimum.

Ini kerana mereka sedang dalam proses menyiapkan stadium baru mereka.

7. Burnley

Purata gaji mingguan: £26,375
Kedudukan semasa: 6

Burnley memiliki bayaran purata gaji pemain yang sangat rendah. Prestasi cemerlang mereka awal musim ini membolehkan mereka berada dalam saingan untuk ke slot Eropah musim hadapan.

Nampaknya, keputusan Sean Dyche menolak tawaran lumayan Everton buat masa ini satu keputusan yang tepat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN