Di era zaman moden ini, pelbagai kelab telah mengambil pendekatan kreatif dalam mencipta hubungan yang baik antara kelab dan juga penyokong terutamanya di laman sosial.
Laman sosial seperti laman Facebook Bundesliga sering mengambil pendekatan santai juga komedi ketika menjawab komen-komen pembaca mereka.
Bagi kebanyakkan kelab bola sepak di Eropah, mereka kini kerap mengambil mengambil pendekatan kreatif dalam mengumumkan pemain baharu yang menyertai kelab mereka.
Lazimnya, mereka akan lakukan video dengan gaya yang kreatif untuk mengumumkan kedatangan pemain berprofil tinggi ke kelab mereka.
Baru-baru ini, Manchester United telah mengambil pendekatan sedemikian dalam mengumumkan kehadiran bintang baharu mereka – Alexis Sanchez.
Dalam video tersebut, terdapat babak menarik yang menyaksikan Sanchez bermain alat muzik piano sambil terdapat babak-babak tipikal video bola sepak seperti babak menyarung jersi dan juga babak berjalan di atas padang.
Parodi
Belum lagi reda dengan sensasi video pengumuman Sanchez sebagai pemain Manchester United, sudah muncul video parodi mengenainya!
Baru-baru ini, kelab Scotland Motherwell telah mengambil pendekatan melakukan video untuk mengumumkan pemain baharu kelab mereka.
Motherwell baharu saja mendapatkan khidmat pemain bernama Peter Hartley dari Blackpool.
Untuk mengumumkan kehadirannya, kelab tersebut telah menghasilkan video parodi hasil video pengumuman Sanchez!
Jika Sanchez bermain alat muzik piano, Hartley juga bermain piano tetapi piano mainan!
🎹 | Ladies and gentlemen, please take your seats. Introducing #Pete6… #SIWY #MFC
Are we doing this right, @ManUtd? 👀 😜 pic.twitter.com/4d14hXW7bN
— Motherwell FC (@MotherwellFC) January 23, 2018
Jika Manchester United menggunakan tanda pagar (hashtag) #Alexis7, Motherwell menggunakan tanda pagar #Pete6 untuk menyamai tanda pagar tersebut!
Video pengumuman itu nyata menjadi sensasi di media sosial, dengan setakat ini mereka memperoleh 25 ribu retweet – satu pencapaian yang cukup hebat bagi kelab Scotland yang bukan dari kelompok Old Firm.
Jadi versi mana yang anda suka? Versi asal atau yang parodi punya? Beritahu kami di ruangan komen!