Moses Atede Enggan Berpuas Hati Akan Pencapaian Semasa Bersama Kedah

Pemain tengah berpengaruh Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Moses Atede mengakui beliau enggan untuk cepat berpuas hati dengan prestasi semasa beliau buat Kedah pada musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Atede menjadi rekrut terbaharu Kedah pada jendela perpindahan kedua Liga Super lalu jelas tidak mengambil masa yang lama untuk terus memberi impak besar kepada pasukan dengan begitu cemerlang.

Beraksi di posisi tengah, kehadiran Atede jelas memberi kelegaan buat Nafuzi Zain yang sebelum itu mempunyai masalah untuk mendapatkan rentak sebenar buat Sang Kenari sejak awal musim.

Malah, pemain kelahiran Nigeria itu juga sering digilirkan bersama seorang lagi tonggak import di posisi tersebut iaitu Amirbek Juraboev mengikut kesesuaian taktikal serta lawan dihadapi.

Sehingga kini, Atede mengakui tahap persefahaman beliau bersama rakan sepasukan lain semakin meningkat untuk terus memacu Kedah dalam baki saingan Liga Super serta aksi MFL Challenge Cup.

“Selepas melalui enam perlawanan bersama Sang Kenari, tahap keyakinan saya kini semakin meningkat.

“Saya mahu teruskan memberi tumpuan kepada dua misi penting iaitu Piala Cabaran dan tempat kedua Liga Super musim ini,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Untuk rekod, pemain tengah itu sudah pun menjaringkan satu gol ketika Kedah menewaskan cabaran Penang pada 22 Ogos lalu untuk terus menaikkan motivasi beliau.

Pada masa sama, Atede mengakui hasil kerjasama secara berpasukan kini menjadi pendorong mereka untuk terus meningkatkan keupayaan masing-masing pada baki saingan liga musim ini.

“Saya tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian semasa, sebaliknya saya juga perlu tingkatkan lagi prestasi bagi menghadapi semua saingan yang akan lebih sengit termasuk Piala Cabaran selepas ini.

“Dengan adanya kerjasama yang baik bersama rakan sepasukan, saya berharap dapat menyumbang gol seandainya mempunyai peluang,” katanya lagi.

Atede kini giat berlatih bersama rakan sepasukan dalam misi mereka untuk mengharungi aksi MFL Challenge Cup berdepan Kuching City pada 19 September ini.

Pastinya kemenangan ingin diburu mereka dalam usaha untuk cuba mencipta rekod baik pada musim ini bawah kendalian Nafuzi Zain dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN