Morata Mahu Perbaiki Prestasi Dirinya, Tak Mahu Tinggalkan Chelsea

Mampukah Alvaro Morata memperbaiki setiap masalah yang beliau hadapi pada musim lalu.

Musim lalu, beliau jelas merupakan pemain yang cukup tidak berprestasi baik apabila gagal memberikan persembahan cemerlang untuk Chelsea.

Namun menurut laporan Goal, beliau telah menetapkan pendirian untuk tidak meninggalkan Chelsea.

Morata mendedahkan beliau kini dalam usaha untuk memperbaiki prestasi beliau dibawah kendalian pengurus Maurizio Sarri.

Prestasi tersebut sepertinya nampak mula meningkat apabila beliau berjaya menjaringkan gol ketika perlawanan menentang Arsenal.

Lebih menarik, ianya terhasil menerusi jaringan menggunakan kaki dan bukannya menerusi tandukan seperti yang beliau kerap lakukan.

LONDON, ENGLAND – AUGUST 18: Alvaro Morata of Chelsea and Sokratis Papastathopoulos of Arsenal battle for possession during the Premier League match between Chelsea FC and Arsenal FC at Stamford Bridge on August 18, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

“Saya tak pernah terfikir untuk tinggalkan kelab ini.”

“Saya boleh balik ke Itali atau Sepanyol dengan mudah, namun dengan kepercayaan yang saya dapat di Chelsea buatkan saya mahu ubah apa yang ada di sini.”

“Saya ingin lakukannya, bukan untuk mereka yang mengeji saya. Tetapi untuk diri saya dan Chelsea.”

Morata mengatakan beliau hanya akan tinggalkan Chelsea seandainya beliau tidak lagi dalam perancangan kelab tersebut.

Dalam masa yang sama, Morata cukup berminat untuk bina masa depan yang panjang bersama Chelsea.

Beliau dikatakan ingin membeli rumah dan mahu menhantar anak-anak beliau ke sekolah di London.

LONDON, ENGLAND – AUGUST 18: Alvaro Morata of Chelsea celebrates after scoring his team’s second goal with team mate Ross Barkley during the Premier League match between Chelsea FC and Arsenal FC at Stamford Bridge on August 18, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

“Saya tak sabar untuk membeli rumah di sini dan menunggu anak saya membesar supaya saya boleh hantar mereka ke sekolah di sini.”

“Tetapi jika satu hari nanti Chelsea kata saya tidak lagi diperlukan, maka saya akan pergi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN