Hazard Ikrar Kekal, Tolak Kemungkinan Ikut Courtois Pada Minggu Terakhir Perpindahan

Sebelum ini Thibaut Courtois menyatakan beliau akan cuba memujuk Hazard menyertainya di Real Madrid. Courtois pernah berkata:

“Di mana saya bermain musim hadapan (musim ini), di situlah Hazard akan bermain. Kami perlu bermain bersama.”

Kenyataan itu membuatkan spekulasi Hazard dan Courtois akan ke Real Madrid semakin kuat ketika itu. Hazard juga menyatakan yang beliau tiada jaminan untuk kekal di Chelsea selepas Piala Dunia.

Real Madrid mahu menjadikan Hazard sebagai pengganti Cristiano Ronaldo di Real Madrid. Pemain itu masih belum menandatangani kontrak lanjutan.

Real Madrid dan Barcelona dilaporkan masing-masing mahu mendapatkan Hazard namun Chelsea berkeras dengan tag harga sekitar €200 juta.

Real berpendapat harga itu terlalu mahal. Dan mereka pastinya mahu menunggu Hazard mendesak perpindahan seperti mana dilakukan Courtois.

Chelsea yang sebelum ini sudah menawarkan beberapa cadangan kontrak baru namun ditolak Hazard. Ini membuatkan penyokong Chelsea resah dan tak mahu kehilangan pemain bintang utama kelab itu.

Terbaru, Hazard akhirnya menyatakan beliau gembira di Chelsea dan tidak akan meninggalkan Chelsea dalam jendela perpindahan musim ini.

Namun beliau enggan membincangkan soal kontrak baharu buat masa ini.

Pertukaran pengurus dikatakan antara faktor penting Hazard mahu kekal di Chelsea musim ini.

Willian sebelum ini menyatakan pemain seperti Hazard lebih sukakan taktikal yang banyak ‘bermain bola’ berbanding pendekatan defensif Antonio Conte.

Chelsea’s Eden Hazard is substituted during the Premier League match at Old Trafford, Manchester. (Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Hazard berkata selepas kemenangan 3-2 Chelsea ke atas Arsenal:

“Saya kan dah kata, saya hanya akan bercakap akan hal ini selepas Piala Dunia. Saya gembira di sini, dan saya tak mahu bercakap tentangnya (kontrak baharu) buat masa ini.”

“Buat masa ini saya gembira. Saya masih ada baki kontrak 2 tahun lagi dan kita akan tengok nanti apa bakal berlaku. Saya tak akan tinggalkan kelab ini musim ini.”

“Jendela perpindahan dah pun tutup di England, kelab kami boleh menjual tetapi tak boleh membeli. Memang agak pelik kalau Chelsea jual saya dalam keadaan mereka tak berpeluang merekrut pemain baharu.”

“Anda lihat sendiri ketika berhadpan Arsenal, para penyokong sangat sayangkan saya. Kita akan tengok apa yang akan berlaku setahun atau dua tahun selepas ini.”

Hazard menjadi nadi penting kemenangan Chelsea ke atas Arsenal. Beliau masuk pada separuh masa kedua dan mencipta gol untuk Alonso.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN