Morais: “Saya Terima Kekalahan, Lawan Lebih Baik Dan Kami Terlalu Yakin”

Sejurus selepas kekalahan besar 5-2 di tangan Muangthong United semalam, pengendali Harimau Selatan, Ulisses Morais telah mengeluarkan kenyataan beliau.

Morais mengakui beliau menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka kerana lawan mereka adalah pasukan yang lebih baik. Beliau juga berjanji pasukan JDT akan memperbaki banyak perkara.

Beliau juga melihat ada jurang beza di antara pemain yang pernah bermain dalam ACL dengan pasukan JDT yang masih belum pernah ke sana.

“Saya terima keputusan tersebut, banyak perkara yang kami perlu memperbaikinya. Inilah yang terjadi apabila membuat kesilapan menentang pasukan yang pernah bermain dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL), dimana mereka bermain di peringkat yang berbeza.”

“Oleh itu, buat para pemain yang ada, yang tidak pernah berada di standard ACL atau peringkat yang tertinggi, inilah yang terjadi apabila mereka tidak fokus dan buat silap di peringkat ini.”

Beliau tetap menyatakan, bermain dalam ACL adalah cita-cita JDT walaupun mereka nanti akan dibelasah teruk. Itu tidak penting, paling penting mereka mahu ke ACL.

“Ini adalah cita-cita JDT. Ini adalah proses dan kami harus berasa bangga sebagai satu-satunya pasukan dalam negara yang sentiasa bermain dalam saingan kelayakan ACL.”

“Kerana itu adalah peringkat tertinggi di mana tidak ada mana-mana pasukan dalam negara yang bermain sehingga ke tahap itu. Jadi oleh itu, kita patut berasa bangga.”

“Kita harus berasa bangga kerana menjadi satu-satunya pasukan yang mewakili negara dalam peringkat tertinggi. Walaupun kami tewas, kami tidak patut berputus asa dan kami perlu mencuba lagi sehinggalah tiba hari JDT layak mewakili negara dalam saingan ACL.”

“Dan apabila kami berada di ACL satu hari nanti, kami mungkin akan tewas 6-0, 7-0, 8-0 di peringkat yang lebih tinggi. Tetapi tidak mengapa kerana matlamat kami begitu jelas iaitu kami mahu JDT berada di mana yang lain tidak berada.”

“Oleh itu, kalah atau menang belakang kira kerana yang penting adalah pengalaman yang kami pelajari dan kami berada di pertandingan yang tertinggi.”

“Apa pun saya berpuas hati, tetapi saya ada banyak lagi perkara yang akan saya perbaiki, yang akan saya bincangkan dengan DYAM Tunku Mahkota, Pengarah Sukan dan juga Pengarah Teknikal apabila balik nanti.”

Morais juga memberitahu yang mereka belajar sesuatu daripada perlawnan ini iaitu untuk tidak terlalu yakin.

“Kekalahan ini bagus untuk menyedarkan kami yang mana kami tidak sepatutnya berada dalam keadaan terlalu yakin kerana banyak lagi perkara yang perlu kami perbaiki.”

Menjelaskan tentang pemilihan pemain yang tanpa Luciano Figueroa dan Corbin Ong beliau menyatakan:

“Kalau kami lihat pada permainan kami, barisan pemain kami, kami terpaksa bermain dengan Bruno kerana kami masih perlu menunggu Marcos Antonio pulih dan beliau dalam proses pemulihan dan akan bermain dalam perlawanan Piala Sumbangsih.”

“Itu sebabnya kita tidak boleh menggunakan Marcos sekarang kerana dikhuatiri akan cedera semula kerana beliau baru sahaja pulih dari kecederaan. Oleh itu kami perlu beri peluang kepada Bruno dahulu.”

“Luciano pula mengalami jangkitan tonsil, jadi itu memang tidak bernasib baik buat kami kerana dalam perlawanan pra-musim, pemain paling menyerlah adalah Luciano Figueroa tetapi tiada nasib dan Marcos belum pulih sepenuhnya.”

“Corbin, pertahanan kiri juga tidak dapat bermain kerana masalah pendaftaran di saat-saat akhir. Tiga-tiga pemain ini akan beraksi pada perlawanan berikutnya manakala Bruno akan beraksi di pasukan JDT II.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN