Montella Optimis Lepasi Cabaran Bayern Munich Di Allianz Arena

Dalam tempoh 3 hari Sevilla telah menderita dengan 2 kebangkitan pasukan lawan mereka. Sebelum ini mereka mendahului Barcelona 2 gol dan disamakan oleh Barcelona pada 2 minit terakhir perlawanan.

Semalam, dalam aksi UCL, Sevilla mendahului pada minit ke-32, namun mereka hampa selepas 1 jaringan sendiri serta bola yang terbias pada pemain mereka membolehkan Bayern Munich menang 1-2.

Jesus Navas menjaringkan gol sendiri ketika cuba menghadang percubaan Ribery. Manakala Escudero pula menyaksikan bola tandukan Thiago terbias pada beliau.

Pengendali Sevilla, Vincenzo Montella masih optimis dengan peluang pasukan beliau. Montella yakin dengan kualiti yang mereka ada cuma perlu memperbaiki aspek pertahanan.

Sevilla sebelum ini menyingkirkan Manchester United daripada peringkat 16 pasukan akhir. Montella yakin mereka akan bermain seperti mana mereka beraksi di Old Trafford tempoh hari.

“Kami akan bermain dengan lebih bersemangat dan kebanggaan yang sama. Semua perkara yang mustahil akan menjadi tidak mustahil jika anda percaya kepada diri anda. Dan saya masih percaya.”

“Sudah pastinya peratusan kemaraan kami rendah. Tetapi kami akan turun bermain. Saya tak rasa kami mara sejauh ini sebab kami bernasib baik.”

“Saya bangga dengan pemain saya kerana mereka bermain dengan baik berhadapan dengan lawan yang hebat. Kami berhak mendapat sesuatu daripada perlawanan ini.”

“Kami ada arahan taktikal yang sempurna pada separuh masa pertama dan mencipta beberapa peluang gol. Agak malang untuk melepaskan bolos. Namun ia tidak akan mematahkan semangat kami, cuma ada penurunan pada dinamik permainan kami.”

“Bayern dalam perlawanan ini memiliki penguasan bola yang sangat tinggi tetapi mereka kurang ancaman.”

“Pada separuh masa kedua, perlawanan adalah seimbang. Masalah kami adalah tidak mampu menyerang balas dengan lebih tajam. Dalam 10 minit terakhir kami bermain menyerang dengan rasa yakin dan saya gemarinya.”

“Saya sedih kerana kami lepaskan 2 jaringan seperti itu, bola yang terkena pemain kami.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN