As Monaco Akhiri Penantian 17 Tahun Kejuaraan Ligue 1

AS Monaco digelar pasukan yang paling mengujakan di Eropah musim ini. Mereka mara ke separuh akhir UCL namun disingkirkan oleh gergasi Itali, Juventus.

Dan kini berjaya menyingkirkan pasukan serba mewah PSG daripada perebutan tahta kejuaraan liga. PSG sebelum ini mengidam kejuaraan Ligue 1 kelima berturut-turut selepas dominasi dari musim 2012/13 sehinggalah musim lalu.

Kemenangan AS Monaco ke atas St. Ettiene pada awal pagi tadi waktu Malaysia, membolehkan mereka menjarakkan diri 6 mata dari PSG dalam baki saingan liga yang menuju ke perlawanan terakhir untuk semua pasukan.

Kali terakhir pasukan ini juara ialah pada 17 tahun yang lalu di mana skuad mereka dibarisi lagenda Fabien Barthez, David Trezeguet, John Arne Riise, Costinha, Rafael Marques, Pontus Farnerud, Willy Sagnol dan ramai lagi.

Pasukan ini pernah tersingkir ke Ligue 2 pada akhir musim 2011/12. Namun mereka bangkit semula ke liga utama selepas berjaya menduduki tempat ke-2 di Ligue 2 pada 2012/13.

Kylian Mbappe sekali lagi menjadi penjaring gol dalam perlawanan penting. Beliau membuka tirai jaringan pada minit ke-19. German Re menambah jaringan ke-2 pada masa kecederaan.

Salah satu resepi yang digunakan Leonardo Jardim adalah gandingan pemain muda yang berbakat dengan pemain berpengalaman yang berjaya mendapat sentuhan mereka kembali.

Antaranya adalah gandingan Mbappe dan Falcao di hadapan gol. Falcao gagal menyerlah sejak meninggalkan Atletico ke Monaco.

Beliau dipinjamkan ke Manchester United kerana kelab mahu menjual beliau kerana isu gagal bermain dalam prestasi terbaik dengan gaji terlalu tinggi serta beberapa isu cukai yang tinggi harus dibayar kelab.

Kemudian, Chelsea datang untuk mendapatkan Falcao secara pinjaman setelah pemain itu gagal menyerlah di United. Dengan harapan mereka mampu menaikkan semula prestasi Falcao.

Kali ke-2 Falcao gagal mendapatkan kontrak tetap dan kembali semula ke Monaco. Falcao hanya menjaringkan 5 gol daripada 36 penampilan ketika dipinjamkan ke Chelsea dan Manchester United.

Leonardo Jardim kemudian mengambil keputusan untuk mengekalkan Falcao dalam pasukan. Beliau membantu Falcao untuk mendapatkan sentuhan pemain itu semula. Musim ini Falcao kembali dengan sentuhan magis beliau.

Selain daripada Falcao dan Mbappe, mereka juga ada pemain seperti Bernardo Silva yang menjadi antara bakat paling dikehendaki di Eropah ketika ini.

Kejayaan ini pastinya akan membuatkan Monaco menjadi hub tumpuan beli-belah oleh kelab besar Eropah yang lain selepas ini.

Adakah mereka akan mampu untuk mengekalkan beberapa pemain utama dan melakukan tambahan kepada kekuatan skuad sedia ada?

Ini kerana ada satu budaya yang kurang enak di Ligue 1, apabila pasukan menjadi juara (selain PSG, pemain bergaji tinggi), pemain-pemain mereka cenderung untuk keluar dari kelab.

Pada masa yang sama, budaya menjual oleh pemilik kelab juga menjadi sebab kenapa pemain-pemain ini dilepaskan.

Itu yang berlaku kepada kelab seperti Bordeaux, Lille dan juga Montepellier sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN