Menang 1-4 Ke Atas Celta Vigo, Real Madrid Semakin Hampir Juara La Liga

Real Madrid kini semakin hampir untuk mengakhiri penantian kejuaraan La Liga selepas kali terakhir melakukannya pada musim 2012.

Cristiano Ronaldo turut memecahkan rekod 46 tahun Jimmy Greaves sebagai penjaring terbanyak dalam liga utama Eropah secara terkumpul.

Ianya selepas sebelum ini Ronaldo menyamai rekod lagenda England tersebut.

Ronaldo kini telah menjaringkan 367 gol dalam liga utama di Eropah. Ini hanya rekod untuk jaringan liga sahaja.

Real Madrid kini hanya memerlukan 1 mata sahaja menentang Malaga pada perlawanan terakhir La Liga Ahad ini. Manakala Barcelona perlu menang sambil mengharapkan Real Madrid tewas pada pada pada perlawanan terakhir mereka.

Berdasarkan rekod pertemuan (head to head), ia memihak kepada Barcelona jika mereka mengakhiri liga dengan jumlah mata yang sama.

Barcelona telah berada di puncak La Liga sejak kemenangan dramatik 2-3 di Camp Nou. Namun Real Madrid masih ada satu perlawanan di dalam tangan.

Selepas el classico, Real Madrid dan Barcelona menang kesemua perlawanan La Liga mereka. Keputusan positif menentang Celta ini sememangnya wajib untuk Real Madrid.

Dalam perlawanan menentang Celta Vigo pada awal pagi tadi, Ronaldo membuka tirai jaringan pada minit ke-10 dan menambah gol kedua pada minit ke-68.

Celta cuba bangkit selepas Guidetti merapatkan jurang pada minit ke-69. Ianya 7 minit selepas Iago Aspas dibuang padang.

2 lagi jaringan pada 20 minit terakhir oleh Kroos dan Benzema melengkapkan malam indah buat Real Madrid untuk kembali ke puncak liga menjelang perlawanan terakhir La Liga,

Mampukah Barcelona memintas Real Madrid di hari terakhir saingan? Satu drama yang menarik untuk kita tunggu pada Ahad ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN