Mohamed Salah Akhirnya Sah Sertai Liverpool, Ikat Kontrak Selama 5 Tahun

Selepas pelbagai spekulasi, Mohamed Salah akhirnya sah menyertai pasukan Liverpool dari AS Roma.

Beliau menyertai pasukan tersebut dengan rekod perpindahan sebanyak £36.9 juta.

Ia merupakan rekod perpindahan kelab buat Liverpool yang baharu dan rekod perpindahan tertinggi buat seorang pemain dari benua Afrika.

Untuk itu, Salah bakal menyertai pasukan England itu dengan jumlah kontrak jangka panjang selama 5 tahun.

Salah juga turut diperkenalkan oleh Liverpool sebagai pemain baharu mereka dengan pemain dari Mesir itu akan menyarung jersi bernombor 11 pada musim baharu nanti.

Jersi yang sebelum ini disarung oleh Roberto Firmino akan menyaksikan pemain Brazil itu akan menyarung jersi nombor 9 yang tidak disarung oleh mana-mana pemain sebelum ini.

Gambar: Liverpool

Salah nyata teruja untuk hadir ke Liverpool dan beliau nyata mahu menggunakan peluang bermain di Premier League buat kali kedua itu peluang yang diambil dengan baiknya.

Sebelum ini beliau bermain untuk pasukan Chelsea namun beliau tidak begitu berjaya di sana.

“Saya sangat teruja untuk berada di sini. Saya sangat gembira.”

“Saya akan berikan 100% yang terbaik buat kelab ini. Saya amat sangat mahu menang sesuatu dengan kelab ini.”

Salah turut memberikan ucapan selamat tinggal kepada penyokong Roma menerusi laman Facebook beliau.

Kepada Salah, semoga pilihan ini tidak salah.

Sumber:

  1. This Is Anfield (2017): Mohamed Salah vows to “give everything” for Liverpool to win silverware; https://www.thisisanfield.com/2017/06/mohamed-salah-vows-give-everything-liverpool-win-silverware/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN