Mohamed Salah: “Saya Sudah Rancang Untuk Sertai Liverpool Sejak 6 Tahun Lalu”

Mohamed Salah mendedahkan niat beliau untuk menyarung jersi Liverpool ialah sejak beliau meninggalkan Mesir 6 tahun yang lalu.

Pemain berusia 26 tahun tersebut ketika itu menyertai Basel di Switzerland pada 2012, sebelum menyertai Chelsea yang berjaya menewaskan Liverpool untuk mendapatkan tandatangan pemain itu pada 2014.

LIVERPOOL, ENGLAND – OCTOBER 18:(THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Mohamed Salah and Virgil van Dijk of Liverpool during a training session at Melwood Training Ground on October 18, 2018 in Liverpool, England. (Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Namun demikian, Salah sukar mendapatkan minit untuk beraksi di Stamford Bridge sebelum beliau membawa diri ke Itali bersama Fiorentina dan Roma, untuk membuka laluan ke Anfield.

Bercakap mengenai perpindahan beliau ke Liverpool ketika ditemubual media kelab tersebut, Salah berkata:

“Kelab ini amat terkenal di seluruh dunia dan mempunyai ramai pengikut di Timur Tengah. Kali pertama saya mendengar mengenai Liverpool ialah ketika usia 10 atau 11 tahun.

(Photo by Rob Newell – CameraSport via Getty Images)

“Kisah saya beraksi bersama Liverpool menggunakan PlayStation adalah benar. Ada kalanya saya beraksi bersama pasukan lain. Tetapi kebiasaannya ialah meletakkan diri saya bersama Liverpool.

“Ketika itu saya tidak pernah terfikir saya akan berada di sini seperti hari ini. Tetapi ia sentiasa menjadi impian, dan anda harus cuba untuk menjadikannya realiti.

(Photo by Erwin Spek/Soccrates/Getty Images)

“Selepas saya meninggalkan Mesir untuk ke Basel, saya cuma boleh berharap satu hari nanti saya akan menyertai Liverpool. Sebelum ini saya akui peluang itu pernah tiba, namun ketika itu kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan.

“Apabila Liverpool menunjukkan minat sekali lagi, saya tidak teragak-agak untuk terus dtang ke sini. Sudah tentu anda juga harus menilai apakah rancangan kelab untuk anda dan bagaimana anda boleh menyesuaikan diri,” ujar beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN