Mohamed Salah: “Saya Amat Gembira Di Liverpool Dan Tak Akan Ke Mana-Mana”

Adakah satu hari nanti, Mohamed Salah bakal menjadi legenda di Liverpool?

Pemain utama rangkaian serangan Liverpool itu mendedahkan musim yang cukup baik dialami pasukan itu ketika ini adalah permulaan kepada era gemilang Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp.

“Ia cumalah permulaan buat kami semua. Musim ini merupakan musim pertama saya dan beberapa pemain lain.”

Dalam masa yang sama, Salah juga mendedahkan yang beliau cukup gembira dengan situasi beliau di Liverpool dan beliau menyifatkan beliau tidak akan berhijrah ke kelab lain dalam masa terdekat.

“Saya sangat gembira, saya sangat gembira di sini dan semuanya baik-baik belaka.”

Liverpool mempunyai 2 perlawanan penting selepas ini iaitu perlawanan menentang Brighton & Hove Albion dalam aksi Premier League dan juga perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) menentang Real Madrid.

Perlawanan terakhir Premier League itu nyata penting untuk Liverpool untuk mengesahkan kelayakan mereka di peringkat kumpulan UCL pada musim hadapan.

“2 perlawanan selepas ini amat penting buat kami.”

“Saya punya cita-cita besar bersama Liverpool. Saya jelas teruja dengan prestasi pasukan di peringkat Eropah.”

LIVERPOOL, ENGLAND – APRIL 04: Mohamed Salah of Liverpool celebrates after scoring his sides first goal during the UEFA Champions League Quarter Final Leg One match between Liverpool and Manchester City at Anfield on April 4, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Salah juga mengakui peranan yang dimainkan oleh rakan sepasukan telah memberikan punca mengapa beliau memperoleh terlalu banyak anugerah individu musim ini.

“Saya amat gembira untuk memenangi kesemua anugerah ini.”

“Musim ini cukup baik buat saya, namun tanpa bantuan rakan sepasukan saya tidak akan berjaya mengecapinya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN