Jermaine Defoe Dedah Kebosanan Melampau Sewaktu Menyertai Skuad England

Rata-rata dari peminat bola sepak berpandangan, mewakili skuad kebangsaan pastinya satu perkara yang menarik bukan?

Mana tidaknya, beraksi untuk pasukan kebangsaan dengan penuh bangga dalam kejohanan utama seperti piala benua mahupun Piala Dunia.

Namun tidak bagi penyerang England – Jermaine Defoe.

Defoe mendedahkan yang menyertai England dalam kejohanan antarabangsa merupakan satu perkara yang membosankan beliau.

Sewaktu menyertai skuad England untuk kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Defoe mendedahkan beliau mengalami tahap kebosanan melampau ketika mewakili skuad negara tersebut.

Hal ini bukannya dialami oleh beliau sendiri, malah hampir semua pemain skuad England berasakan hal yang sama!

“Semasa di Afrika Selatan, saya masih ingat yang saya berasa sangat bosan ketika itu.”

“Apa yang saya buat adalah saya dan Wayne Rooney menonton keseluruhan klip perkahwinan beliau menerusi DVD!”

Walaupun dihimpit kebosanan, Defoe mengakui ia memberikan peluang kepada beliau untuk meluangkan masa berkualiti bersama pasangan penyerang beliau di luar padang.

Hal ini semestinya dapat memberikan kesan positif terhadap gandingan mereka di dalam padang.

“Bagus sebenarnya untuk meluangkan masa bersama rakan sepasukan.”

“Saya masih ingat pada waktu itu Rooney membuat gerakan seperti flash mob sehinggakan pelayan restoran menari dan juga menyanyi!”

Defoe berharap akan memperoleh tempat dalam skuad England untuk Piala Dunia 2018 di Rusia.

Beliau mencipta kejutan apabila dipanggil menyertai skuad England pada April lalu selepas tidak beraksi untuk 3 tahun.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN