Dalam ucapan yang penuh beremosi, Mohamed Salah sepertinya memberi gambaran yang beliau mahu bersara dari pentas bola sepak antarabangsa.
Pemain berusia 29 tahun itu membuat ucapan kepada rakan sepasukannya selepas kegagalan beliau menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi bertemu Senegal di pusingan play-off kelayakan Piala Dunia.
Kegagalan Salah secara tak langsung menyebabkan Mesir tersingkir dan tak akan muncul di pentas Piala Dunia Qatar nanti.
https://twitter.com/HishamLFC_/status/1509237607523364864?t=gT2QS_6txjOwTPX3gKNRDA&s=19
Bintang handalan Liverpool itu gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi penentuan sepakan penalti bertemu Senegal, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Timbul kontroversi tentang hal tersebut kerana para peminat mendakwa Salah sepatutnya dibenarkan untuk mengambil semula sepakan penalti tersebut, selepas penyokong Senegal di lihat menyuluh matanya menggunakan laser sebelum beliau menyepak bola.
Sadio Mane sekali lagi menjadi wira Senegal selepas beliau berjaya menyempurnakan sepakan penentu, seterusnya membawa negaranya untuk beraksi di Qatar nanti.
Kekalahan itu juga merupakan kekalahan kedua berturut-turut Mesir di tangan Senegal dengan kekalahan pertama mereka adalah ketika aksi perlawanan akhir AFCON.
Mane ketika itu turut menjadi wira kemenangan Senegal dengan menjaringkan gol ketika mengambil sepakan penalti penentu.
Walaupun ketua pasukan kebangsaan Mesir itu masih belum mengumumkan apa-apa di laman media sosial miliknya, namun Liverpool Echo terlebih dahulu mendedahkan apa mesej yang disampaikan oleh Mo Salah kepada rakan sepasukannya.
Mo Salah revealed what he said to the team in the dressing room after the defeat against Senegal in the World Cup qualifiers! 🧐
The Egyptian Minister of Sports, Ashraf Sobhi, interrupted him by saying: "You will be there."! 😲😪#MoSalah #Salah #Egypt #EgyptSenegal pic.twitter.com/G265GgkIef
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) March 31, 2022
Selepas skuadnya tersingkir dari pusingan play-off kelayakan Piala Dunia, bekas bintang AS Roma itu dilaporkan telah menyatakan bahawa:
“Saya sangat berbesar hati dapat beraksi bersama kamu dan saya sangat berbangga dapat bermain bersama kamu, tidak kira saya masih bersama kamu atau tidak di masa hadapan.”
Ucapan penuh emosi Mohamed Salah itu jelas sekali menunjukkan yang beliau seolah-olah memberi gambaran tentang persaraannya dari pentas bola sepak antarabangsa.
Walau bagaimanapun, masih tak jelas sama ada ia benar-benar beliau memaksudkan untuk bersara atau ada maksud lain sebalik ucapan beliau itu.
Ada kemungkinan ucapan tersebut beliau ucapkan kerana terlalu kecewa dengan kekalahan demi kekalahan yang dilalui, dan ditambah pula dengan kegagalan untuk mereka layak ke Piala Dunia.
Mohamed Salah's changing room message to his team-mates after Egypt's loss to Senegal 💔 pic.twitter.com/qBXAVx0zqc
— GOAL (@goal) March 30, 2022
Agak mustahil untuk melihat pemain berusia 29 tahun itu menggantung bootsnya sekarang kerana beliau jelas sekali masih boleh lakukan sesuatu untuk negaranya.
Tampil di pentas Piala Dunia jelas sekali menjadi impian untuk setiap pemain, dan dek kerana gagal untuk melakukan hal itu, jelas sekali membuat beliau kecewa dan bersedih.
Beliau juga jelas sekali mahu mengejar impiannya untuk memenangi anugerah Ballon D’or dan andai beliau memilih untuk bersara di pentas antarabangsa, ia sedikit mengganggu kesempatan beliau untuk melakukan hal itu.