Penyerang sayap Liverpool, Mohamed Salah telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Afrika – BBC 2017. Mohamed Salah mengenepikan cabaran 4 lagi pemain iaitu Pierre-Emerick Aubameyang, Naby Keita, Sadio Mane dan Victor Moses.
Setakat ini, Mohamed Salah sudah pun menjaringkan 19 gol untuk Liverpool sejak menyertai pasukan tersebut dari AS Roma. Beliau juga berjaya membantu Mesir layak ke Piala Dunia 2018. Lebih signifikan, penalti beliau telah membawa Mesir ke Rusia 2018.
Mohamed Salah menerima Anugerah itu di Anfield semalam, dengan disampaikan oleh Jurgen Klopp. Mohamed Salah menang menerusi undian penyokong.
Jurgen Klopp gembira dengan kemenangan Salah yang dianggap beliau pemain istimewa. Klopp enggan membandingkan Mohamed Salah dengan Luis Suarez.
“Beliau layak menerimanya. Seperkara lagi yang bagus adalah dia masih muda dan masih ada banyak ruang untuk beliau memperbaiki dirinya. Beliau masih ada banyak potensi yang kami boleh bangunkan. Itulah yang akan kami lakukan.”
Mo Salah receiving his award! 🙌👑 #LFCpic.twitter.com/Vxv3qLx66i
— Anything Liverpool (@AnythingLFC_) December 11, 2017
Mohamed Salah juga tidak menyangka akan kemenangannya kali ini. Beliau berkata:
“Ia sentiasa istimewa jika anda menang sesuatu. Anda akan merasakan ia satu tahun yang hebat. Saya sangat gembira memenanginya. Dan kini saya perlu bekerja lebih keras lagi.”
“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan dan semua yang telah bekerja dengan saya. Saya gembira berada di kelab ini dan jurulatih banyak membantu saya menyesuaikan diri saya.”
Anugerah ini sebelum ini dimenangi oleh legenda seperti Didier Drogba, George Weah dan Yaya Toure.
Mo Salah joins some *very* good African company. 🌍💯 pic.twitter.com/KraUTnmPJL
— B/R Football (@brfootball) December 11, 2017