Mohamadou Sumareh: Saya Masih Mengagumi Ali Ashfaq

Mohamadou Sumareh

Pemain sayap kebangsaan yang juga tonggak utama Pahang, Mohamadou Sumareh, mengakui sehingga kini dia masih mengagumi bekas pemain import PDRM FA dari Maldives, Ali Ashfaq.

Walaupun sudah lima tahun hampir berlalu, Sumareh yang pernah selama dua musim bersama Ashfaq ketika di PDRM, berasakan dia salah seorang pemain terbaik yang pernah bermain di Liga Malaysia.

Tambah Sumareh, pemain kebangsaan Maldives berkenaan sentiasa menghadirkan elemen kejutan untuk membantu pasukan pada minit-minit terakhir permainan serta seorang yang sentiasa tidak pernah kenal erti putus asa.

” Dia seorang pemain yang boleh ubah segalanya di atas padang dan mampu membantu pasukan dari ambang kekalahan kepada kemenangan.

“Ketika pasukan terikat 0-0 dan baki perlawanan tinggal hanya 10-20 minit, ketika itulah saat-saat kejutan akan berlaku apabila ada kalanya dia mampu menjaringkan beberapa gol dalam situasi tidak diduga.

“Dia seorang yang cukup bijak, licik dan sukar mana-mana mengawal pergerakannya malah teknik rembatannya juga mengagumkan kerana banyak kali dapat hasilkan gol dari situasi sukar.

“Kenangan beraksi dengannya di PDRM akan ada jadi antara detik terindah di awal pembabitan saya di Liga Malaysia, ” katanya.

Embed from Getty Images

Ashfaq merupakan salah seorang pemain dalam Barisan XI pilihan Sumareh selain turut memilih orang besi Pahang, Dickson Nwakaeme dan Safawi Rasid dalam senarai penyerang untuk formasi 4-3-3.

Selain itu, Sumareh memilih Farizal Marlias selaku penjaga gol pilihan manakala empat pemain pertahanan ialah La’vere Corbin Ong, Herold Goulon, Muslim Ahmad dan Matthew Davies.

Tiga pemain tengah pilihan Sumareh pula ialah Brendan Gan, Nor Azam Azih dan Natxo Insa.

Dalam pada itu, Sumareh juga menganggap Dickson antara penyerang terbaik yang pernah dia lihat dan mempunyai karakter tersendiri ketika beraksi dengan Pahang.

“Dickson sememangnya kita ketahui mempunyai kekuatan fizikal yang ketara dan boleh memperdayakan semua pemain dalam kotak penalti ketika memegang bola.

“Dia merupakan penyerang terbaik pernah saya beraksi bersama sepanjang saya di Pahang malah kami mempunyai persefahaman yang cukup baik di atas padang.

“Seorang lagi yang saya tidak mahu lupakan ialah Matthew Davies kerana dia seorang pemain yang cukup rajin dan bekerja keras.

“Dia cukup seimbang daripada situasi menyerang atau bertahan kerana sentiasa akan naik membantu bahagian hadapan dan cepat turun di barisan pertahanan ketika pasukan diasak,” katanya.

Kredit foto: Malaysian Football League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN