Pemilik Inter Milan dilaporkan menawarkan sekali pakej persaraan mewah untuk Luka Modric jika pemain itu setuju menyertai Inter Milan.
Luka Modric akan menikmati gaji yang sangat tinggi di China sebelum bersara.
Sebelum ini Florentino Perez menyatakan Luka Modric tak akan dijual kecuali Inter Milan sanggup membayar £668 juta dalam klausa perlepasan pemain tersebut.
Perez menganggap ia gentlemen agreement di antara Modric dan Real Madrid.
Pemilik Inter Milan, Suning Group adalah pemenang saham terbesar di Jiangsu Suning. Eder sudah pun dihantar ke kelab tersebut dan menikmati gaji lumayan.
Minggu lalu Inter Milan dilaporkan mahu mendapatkan Modric dengan pinjaman €15 juta. Opsyen beli bernilai €25 juta ditawarkan kepada Real Madrid.
Laporan di Itali, Corriere Dello Sport menyatakan Luka Modric dijangka akan menghantar surat minta pindah (transfer request) kepada Real Madrid dalam minggu terakhir jendela perpindahan.
Luka Modric menjadi pemain penting membantu Real Madrid menjuarai UCL secara hatrik 3 musim berturut-turut. Beliau juga pemenang Bola Emas Rusia 2018.
Ini selepas aksi cemerlang beliau membantu Croatia menamatkan Piala Dunia 2018 sebagai naib juara. Pencapaian terbaik dalam sejarah negara mereka.
Real Madrid jelas sekali enggan kehilangan pemain penting mereka ini selepas melepaskan Cristiano Ronaldo ke Juventus.
Mereka juga sudah menarik diri daripada usaha mendapatkan Eden Hazard.
Sementara itu Inter Milan baru tewas dalam persaingan mendapatkan Arturo Vidal kepada Barcelona.