Pada tahun 2014, gol voli James Rodriguez ketika menentang Uruguay dalam pusingan 16 pasukan terakhir Piala Dunia 2014 dipilih sebagai gol tercantik di dunia.
Secara jujurnya ia gol yang memang cantik. Jika tidak, masakan ia boleh mengalahkan tandukan jarak jauh Robin van Persie ketika Belanda menewaskan Sepanyol 5-1 dalam Piala Dunia 2014.
Tetapi adakah gol James Rodriguez tersebut cukup cantik untuk menewaskan gol di bawah?
Gol tersebut dijaringkan pada tahun 2014 oleh pemain kelahiran Syria, Moataz Salhani. Gol tersebut membantu pasukannya, Al Wehdat mendahului Al Ramtha 1-0 dalam aksi liga Jordan.
Salhani bukan sahaja memukau kami dengan teknik backheel flick beliau. Paling mengagumkan sebenarnya adalah ketepatan backheel flick beliau sehingga membuatkan penjaga gol Al Ramtha terpaku dan hanya mampu melihat gol tersebut.
Gol tersebut hanyalah nasib?
Mana-mana penyerang dalam bola sepak akan memberitahu anda – untuk menjaringkan gol, anda memang perlukan sedikit nasib.
Secara jujurnya, kami tertanya-tanya mengapa gol ini tak termasuk pun dalam senarai calon Anugerah Puskas 2014. Adakah Jordan FA langsung tidak menghantar video gol ini kepada FIFA? Adakah FIFA merasakan gol ini tidak cukup layak menyertai senarai Anugerah Puskas?