Previu Perlawanan Ke-4 Peringkat Kumpulan Piala Malaysia

Piala Malaysia 2017 akan diteruskan dengan perlawanan ke-4 pada hari ini.

Kumpulan A: PKNP berkira-kira untuk mara

PKNP akan bertemu T-Team pada hari ini, manakala Negeri Sembilan akan berhadapan dengan pasukan Pahang.

Kedudukan semasa:

Foto: FMLLP

Secara matematiknya, jika menang pada malam ini, PKNP sudah boleh dikira mara ke pusingan seterusnya. Pertarungan yang menarik di antara 3 lagi pasukan yang masih terbuka persaingan mereka untuk mara.

Kumpulan B: PKNS wajib menang

PKNS wajib menang perlawanan malam ini untuk memastikan mereka masih dalam landasan persaingan ke pusingan ke-2.

PKNS akan berhadapan dengan Perak. Manakala Kuala Lumpur akan berhadapan dengan pasukan yang berada dalam prestasi terbaik, Felda United.

Kedudukan semasa:

Foto: FMLLP

Kumpulan C: Pertarungan 3 penjuru

3 pasukan mengutip 6 mata di dalam kumpulan C ini iaitu, Kedah, Melaka dan Kelantan . Manakala UiTM kekal menjadi satu-satunya pasukan yang gagal mengutip sebarang mata setakat ini.

Melaka dan Kedah cemerlang dalam perlawanan terakhir mereka di Liga Super. Kumpulan maut ini hari ini akan menemukan Melaka vs Kedah dan Kelantan vs UiTM FC.

Foto: FMLLP

Kumpulan D: Sarawak dan Terengganu perlu menang

JDT dan Selangor memimpin kumpulan ini seperti yang dijangka. Sarawak dan Terengganu perlu melakukan sesuatu dalam perlawanan pada hari ini.

Kegagalan berbuat demikian akan membuatkan kedua-dua pasukan mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Malaysia lebih awal.

Sarawak akan bertemu JDT di Kuching. Manakala pasukan Terengganu akan melayan kunjungan gergasi merah.

Kedudukan semasa:

Foto: FMLLP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN