Bekas pengadil Liga Perdana Inggeris, Mark Hasley mendedahkan bintang Liverpool, Mohamed Salah mungkin digantung perlawanan dan tidak dapat beraksi dalam perlawanan penting berdepan Arsenal dan Manchester City.
Salah didakwa sengaja jatuh apabila pertahanan Paul Dummett menyentuh bahunya dalam kawasan penalti sekali gus meraih sepakan penalti pada minit ke-47 yang menyaksikan mereka menewaskan Newcastle 4-0.
https://twitter.com/2019Transfer/status/1078014405797912576
Pemenang Kasut Emas musim lalu dari Mesir itu meledak gol ke-12 peribadinya musim ini menerusi sepakan penalti susulan insiden itu selain membantu Reds berada dalam kedudukan selesa dengan kelebihan enam mata di puncak liga.
Namun satu panel Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris dijadual bermesyuarat hari ini bagi menentukan sekiranya pengadil, Graham Scott ‘tertipu’ ketika beliau memutuskan mengenai sepakan penalti itu.
https://twitter.com/RoryPL/status/1077975548905877504
Pengurus Newcastle, Rafael Benitez yang berang berkata: “Penalti sebegitu mengubah segala-galanya dan sekarang ini saya perlu menjelaskan kenapa kami melepaskan empat gol.”
Sekiranya panel yang disertai seorang bekas pengadil, seorang bekas pengurus dan seorang bekas pemain – memutuskan ada ‘bukti jelas pemain secara sengaja memperdaya pegawai perlawanan’, maka pemain yang berusia 26 tahun itu dijangka berdepan penggantungan dua perlawanan.
https://twitter.com/Waynaldo_T/status/1078061657019043842
Liverpool bagaimanapun berhak menafikan dakwaan salah laku tetapi suruhanjaya itu akan duduk berbincang sebelum kunjungan Arsenal, awal pagi Ahad ini untuk mendengar rayuan.
Mark Halsey berkata: “Oumar Niasse dan Manuel Lanzini berdepan hukuman sama sekiranya panel ini konsisten.”
Reds kini mempunyai kelebihan tujuh mata berbanding City yang dikendali Pep Guardiola. Mereka bertemu City di Etihad pada 3 Januari depan.