Bekas Penyerang Kebangsaan Thailand Perkuatkan Singa Utara Musim Depan

Setelah menandatangani bekas penjaring terbanyak Piala AFF 2010, Safee Sali, singa utara sekali lagi mengejutkan peminat bola sepak tanah air apabila mengumumkan bekas penyerang skuad kebangsaan Thailand iaitu Kirati Keawsombat akan menyarung jersi pasukan itu musim depan.

Kirati merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan Thailand ketika dalam saingan Piala Suzuki AFF pada tahun 2010, 2012 dan juga 2014.

Walaubagaiamanapun, beliau banyak memanaskan bangku simpanan kerana Thailand ketika itu banyak bergantung kepada dua penyerang berbisa iaitu Teerasil Dangda dan Adisak Kaisorn.

Difahamkan pemain yang berusia 31 tahun itu akan membuat penampilan sulung pada aksi persahabatan pra musim menentang Pulau Pinang di Stadium Tuanku Syed Putra malam ini.

https://twitter.com/perlisfootball/status/1077919520172367879

Selain mewakili skuad kebangsaan, beliau juga mempunyai pengalaman beraksi dengan Buriram United selama 3 tahun dan pernah membantu pasukan itu menjuarai Liga Thailand, Piala FA dan Piala Liga Thai pada tahun 2011.

Beliau juga selalu berperanan sebagai ‘targetman’ kerana mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan kemampuan menjaringkan gol melalui tandukan.

Musim ini beliau beraksi dengan Nakhon Ratchasima dan merupakan rakan sepasukan kepada penyerang skuad Harimau Malaya, Shahrel Fikri yang dipinjamkan daripada PKNP FC. Beliau telah merekodkan satu jaringan dalam 19 penampilan.

Aksi Koewsombat ketika bersama Nakhon Ratchasima musim ini. FOTO: Buaksib

Perlis musim depan bakal berwajah baharu kerana turut dibarisi oleh seorang lagi bekas penyerang skuad kebangsaan iaitu Khyril Muhymeen dan bekas kapten Kelantan, Badhri Radzi.

Meskipun dilabelkan sebagai pasukan ‘kuda tua’, dengan kehadiran pemain yang berpengalaman ini mampu membimbing pemain muda mereka untuk mencapai pelbagai kejayaan di masa depan.

Malah Perlis turut menandatangani bekas pemain pertahanan skuad kebangsaan iaitu Azmi Muslim dan Amirizwan Taj Tajuddin serta anak jati Perlis sendiri Azmizi Azmi yang beraksi dengan PKNS FC musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN