Pagi tadi, Semuanya BOLA ada mengeluarkan artikel mengenai kelibat bek tengah kacukan Malaysia-England, Nick Swirad yang kelihatan di Stadium Darul Aman.
Timbul persoalan mengenai kelibatnya di Alor Setar dan portal Arena HijauKuning ada menyatakan pemain itu dalam proses perbincangan mengenai kontrak bersama sebuah pasukan selepas tamatnya musim di Liga Thailand, baru-baru ini.
Nick Swirad beraksi bersama Nongbua Pitchaya untuk kontrak dua bulan selepas meninggalkan bumi Malaysia sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia.
Thai League 2 baru sahaja berakhir dan Nongbua Pitchaya telah menjuarai saingan serta meraih tiket ke Thai League 1 musim depan yang dijangka akan bermula pada Julai atau Ogos depan. Kehadirannya semalam menimbulkan persoalan ramai.
Kelibat Nick Swirad Di Darul Aman Cetus Tanda Tanya https://t.co/7ShnwwwNwB
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 6, 2021
Tambah menarik, dua rakannya ketika bersama PKNS FC (kini Selangor 2) ada bersama Kedah ketika ini iaitu penyerang sensasi, Kpah Sherman dan bek tengah, Rodney Calvin. Ini akan memudahkan proses transisinya bersama mereka.
Mengapa pula Kedah mahu menagih kudratnya? Jelas, kekurangan Kedah yang dibincangkan sejak sebelum liga bermula adalah di benteng. Dan dalam pusingan pertama jelas kelihatan ia sedikit sebanyak mengganggu perancangan pasukan.
Adakah beliau bakal kembali ke Malaysia selepas kali terakhir telah beraksi bersama Selangor FC pada 2020. Tentunya beliau mahu kembali, tetapi siapalah dirinya untuk menentukan masa depan jika tiada sebarang tawaran sebarang pasukan di Malaysia?
Seperti yang dijanjikan, Semuanya BOLA telah mendapatkan kenyataan tuan badan sendiri mengenai khabar angin yang tersebar mengenai kehadirannya menyaksikan perlawanan antara Kedah Darul Aman FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Darul Aman.
Nicholas Swirad has extended his stay with Nongbua Pitchaya and will play in the Thai League 1. He has signed a one year deal with them. Junior Eldstal is also understood to have extended his stay with Chonburi. #Transfer #MalaysiansAbroad
— T. Avineshwaran (@avineshW90) April 21, 2021
“Secara jujurnya, apa sahaja boleh berlaku. Tetapi semalam hanya tugasan media,” jelas Nick Swirad kepada Semuanya BOLA apabila diajukan persoalan tersebut.
“Ketika ini saya sedang bercuti. Dan mengenai Daniel Ting itu juga hanyalah khabar angin. Dia tidak pernah akan ke Kedah [ketika itu]. Semuanya tidak benar. Kedah tidak pernah berminat dengan kami berdua,” ujarnya lanjut mengenai isu tersebut.
Mengenai kontraknya bersama Nongbua Pitchaya di Thai League 1 musim depan, beliau mengambil langkah untuk menutup mulut dan tidak mahu mengulas lanjut.
Melihat perkongsian wartawan Astro Arena yang berada bersamanya di Alor Setar, mereka dalam tugasan untuk menemuramah bekas rakan sepasukannya, Kpah Sherman. Itu sudah cukup untuk menutup khabar angin mengenai penghijrahannya.
Baca lagi artikel lain mengenai Nick Swirad dan Kedah:
Nick Swirad Jadikan Thailand Sebagai ‘Getaway’ Lepas ‘Ditolak’ KL United?
Nick Swirad, Khyril Muhymeen Antara 5 Pemain Yang Digugurkan Selangor?