VIDEO: Carlos Mane Lakukan ‘Miss of the Season’ Untuk Vfb Stuttgart

Dalam aksi 2. Bundesliga antara Vfb Stuttgart dan TSV 1860 Munich, pemain Vfb Stuttgart Carlos Mane telah melakukan miss of the season selepas melepaskan satu peluang keemasan di depan pintu gol.

Situasi itu bermula apabila rakan sepasukan Mane, Simon Terodde melakukan percubaan ke pintu gol selepas berjaya memintas backpass yang tidak menjadi oleh pemain TSV 1860 Munich.

Bola yang berlalu di depan gol itu menemui Mane yang hanya perlu menolak mudah bola itu ke dalam gol. Tetapi beliau gagal untuk menjaringkan gol sebaliknya bola itu kembali ke dakapan penjaga gol lawan.

Namun begitu, Vfb Stuggart berjaya juga menang perlawanan itu dengan keputusan 2-1.

Baca juga: Oliver Burke: “Saya Pilih Bundesliga Dari Premier League Demi Masa Bermain”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN