7 Pemain Yang Pernah Menyarung Jersi Chelsea Dan Liverpool Pada Era Moden

Permusuhan di antara Chelsea dan Liverpool berlaku pada era moden apabila Jose Mourinho dan Rafa Benitez memulakannya. Namun ramai pemain kedua-dua kelab yang bermain untuk kedua-dua pasukan ini.

1. Daniel Sturridge 

luissuarezchelseavliverpoolpremierleagueetm6kpvntpvl

Sebelum menjadi penyerang sensasi dan prolifik, Daniel Sturridge adalah pemain muda yang banyak diberikan harapan oleh peminat-peminat Chelsea. Beliau menyertai Chelsea pada 2009.

Namun malangnya pemain ini tidak begitu mendapat tempat di Stamford Bridge kerana kualiti penyerang yang dimiliki oleh Chelsea ketika itu.

Akhirnya Sturridge dipinjamkan ke Bolton pada pertengahan musim 2010/2011.

Pada 2013, Daniel Sturridge menyeratai Liverpool secara tetap dan beliau menjadi anatara penyerang terbaik di Eropah. Siapa akan lupa gandingan SaS (Suarez & Sturridge) pada musim 2013/14.

Beliau terus memahat namanya sebagai antara penyerang yang sentiasa mendapat tempat di dalam pasukan kebangsaan England. Kini beliau masih  lagi bersama Liverpool.

2. Boudewijn Zenden

Bolo Zenden telah ditandatangani oleh Claudio Ranieri pada 2001 ketika mengendalikan Chelsea. Beliau dianggap sebagai pembelian berharga kerana ketika beliau dibeli, Chelsea belum lagi memiliki kuasa kewangan yang besar.

zend

Zenden membuat 57 penampilan sepanjang 2 musim di Stamford Bridge sebelum dipinjamkan ke Middlesbrough pada 2003/04 kerana masalah prestasi dan kecergasan beliau.

Seepas cemerlang bersama Middlesbrough, beliau akhirnya menyertai Liverpool pada 2005. Zenden membuat 46 penampilan bersama Liverpool.

Beliau membantu The Reds menewaskan West Ham dalam final Piala FA. Selepas berjaya membantu Liverpool mara ke final Champions League 2007, Zenden dilepaskan ke Marseille pada Julai 2007.

3. Fernando Torres

Satu perpindahan yang mengejutkan ramai penyokong Liverpool kerana 2 minggu sebelum pintu perpindahan ditutup, El-Nino memberikan komitmen untuk kekal.

100328-039-liverpool_sunderland

Menjelang hari-hari terakhir jendela perpindahan, Torres telah menghantar surat minta dilepaskan (transfer request) ke Chelsea.

Walaupun memenangi beberapa trofi, secara individu,perpindahan Fernando Torres ke Chelsea tidak seindah yang disangka. Beliau gagal untuk menyamai prestasi beliau di Liverpool.

Ketika di Anfield, Torres muncul dalam 142 perlawanan dan menjaringkan 81 gol berbanding 172 penampilan di Chelsea dengan hanya 45 gol.

4. Glen Johnson

Glen Johson menyertai Chelsea FC pada musim panas 2003 dengan harga £6 juta dari West Ham United.

Football - FA Premier League - Chelsea FC v Liverpool FC

Namun beliau gagal mendapat lebih banyak minit di Chelsea. Beliau akhirnya berpindah ke Portsmouth pada 2007. Selepas dua musim yang hebat bersama Pompey, Johnson menyertai Liverpool pada tahun 2009 dengan harga £17.5 juta.

Beliau meneruskan reputasi cemerlang beliau di Liverpool dan menjadi bek kanan utama pasukan kebangsaan England.

Beliau antara bek kanan yang terbaik pernah dimiliki England dalam era bola sepak moden.

5. Nikolas Anelka

Anelka meyertai Liverpool pada 2001. Namun beliau gagal memenangi tempat di Anfield dan dipinjamkan ke Arsenal.

4814

Selepas beberapa kali berkelana, beliau kembali semula ke kancah liga Inggeris dengan menyertai Bolton pada 2008. Aksi cemerlang beliau membawa kepada pembeliau mengejut beliau ke Chelsea.

Di Chelsea, Anelka telah membentuk gandingan berbisa bersama-sama dengan Didier Drogba.

6. Youssi Benayoun

Benayoun menyertai Liverpool daripada West Ham United pada 2007.

Selepas beberapa musim bersama The Reds, Benayoun diberi kebebasan untuk memilih kelab baru.

chelsea-probe-benayoun-abuse-image

Pada 2010, perancang tengah ini menyertai Chelsea dengan nilai perpindahan  £5.5 juta. 

7. Raul Meireles

Kehilangan khidmat Xabi Alonso membuatkan The Reds cuba mencari pengganti. Selepas kegagalan Alberto Aquilani, Liverpool memutuskan untuk mendapatkan khimat Raul Meireles daripada Porto pada 2010.

chelseavliverpoolpremierleaguejo4piniyifil

Walaupun beliau gagal menggantikan Xabi Alonso sebagai deep lying playmaker sebaliknya beliau menjadi pemain box-to box yang agak prolifik.

Selepas diberitahu masa depan beliau di Anfield agak samar, Raul Meireles menyertai Andreas Villas Boas di Chelsea.

Baca juga : Kelab Mesir Tuduh Lawan Mereka Guna Ilmu Hitam Untuk Menang Perlawanan Bola Sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN