Dalam aksi 2. Bundesliga antara Vfb Stuttgart dan TSV 1860 Munich, pemain Vfb Stuttgart Carlos Mane telah melakukan miss of the season selepas melepaskan satu peluang keemasan di depan pintu gol.
Situasi itu bermula apabila rakan sepasukan Mane, Simon Terodde melakukan percubaan ke pintu gol selepas berjaya memintas backpass yang tidak menjadi oleh pemain TSV 1860 Munich.
Bola yang berlalu di depan gol itu menemui Mane yang hanya perlu menolak mudah bola itu ke dalam gol. Tetapi beliau gagal untuk menjaringkan gol sebaliknya bola itu kembali ke dakapan penjaga gol lawan.
Namun begitu, Vfb Stuggart berjaya juga menang perlawanan itu dengan keputusan 2-1.
Baca juga: Oliver Burke: “Saya Pilih Bundesliga Dari Premier League Demi Masa Bermain”