MSL: Misil Kogileswaran Selamatkan Pahang Daripada Ditewaskan Kuala Lumpur

Kuala Lumpur melayan kunjungan pasukan Pahang di Stadium Cheras. Pahang kehilangan beberapa pemain utama termasuk Forkey Doe, Matthew Davies dan Safuwan Baharudin.

Pahang terus mendapat peluang keemasan pada minit ke-2 Patrick Cruz dalam keadaan 1 lawan 1. Tetapi beliau gagal menyempurnakan peluang keemasan

Minit ke-6 De Paula mendapat peluang dan melakukan percubaan walaupun kelihatan Paulo Josue mencipta ruang yang baik. Percubaan De Paula tersasar.  De Paula melakukan satu lagi percubaan dalam kotak penalti tetapi dihadang oleh Afif Amiruddin.

Minit ke-10 De Paula membuka tirai jaringan selepas menerima hantaran daripada Asri Chuchu. Kesilapan defensif daripada Muslim Ahmad. Bunyamin pula hilang ‘marking’.

De Paula menanduk bola dari jarak dekat. Tiada peluang untuk penjaga gol mahu melakukan penyelamatan.

Namun Pahang terus membalas menerusi Sumareh selepas hantaran lintang daripada Chan Vathanaka gagal ditepis kemas penjaga gol. Sumareh melakukan aksi ‘Superman’ sekali lagi untuk menjaringkan gol seperti yang beliau lakukan sebelum ini.

Pada minit ke-28, sentuhan pertama lemah Patrick Cruz membuatkan beliau kehilangan bola di dalam keadaan beliau boleh menjaringkan gol.

2 minit selepas itu Chan Vathanaka melakukan rembatan yang dihadang oleh Khatul Anuar. Satu ‘save’ yang sangat baik.

5 minit sebelum rehat, Kuala Lumpur sekali lagi di hadapan menerusi pemain veteran, Indra Putra hasil umpanan De Paula. Sekali lagi Sumareh terus menghadirkan ancaman tetapi kali ini diselamatkan oleh Khatul Anuar.

Vathanaka melakukan percubaan bahaya yang terakhir untuk babak pertama.

Separuh masa pertama berakhir dengan 2-1.

Separuh masa kedua

Pada separuh masa kedua, Pahang terus memaksa Kuala Lumpur bertahan. Vathanaka dijatuhkan di dalam kotak penalti tetapi pengadil menyatakan ia bukan faul.

Pada minit minit ke-60, Kogileswaran melakukan gol cantik dengan teknik sepakan yang baik menewaskan Khatul dari luar kotak penalti. Satu screamer yang sangat menarik.

Minit ke-72, De Paula melakukan tandukan yang menerjah gawang namun beliau sudah pun berada di kedudukan ofsaid.

Minit akhir perlawanan, De Paula mempersiakan peluang yang dicipta Indra Putra. Indra melarikan bola dalam keadaan serangan balas. Namun sentuhan pertama De Paula menghampakan dalam keadaan beliau berpeluang menjaringkan gol.

Perlawanan berakhir 2-2. Pahang keciciran mata dalam perlawanan penting untuk memastikan mereka terus berada dalam landasan persaingan kejuaraan liga. Pahang kini dipisahkan 4 mata daripada JDT.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN