Rasmi: Man. City Sah Juara EPL 2017/18, Man. United Tewas Di Tangan WBA

Pasukan tercorot EPL, WBA berjaya mengejutkan Manchester United di Old Trafford. Sekaligus menyerahkan kejuaraan EPL 2017/18 kepada Manchester City. Man. City juara tanpa perlu turun ke padang pada malam ini.

Pep Guardiola berkata kepada wartawan semalam menyatakan beliau tidak akan menyaksikan perlawanan ini kerana menjangkakan United akan menang dan City hanya ada diri mereka sendiri tempat bergantung.

Jay Rodriguez menjaringkan gol tunggal kemenangan West Brom dalam perlawanan ini. Lebih penting West Brom menghidupkan sedikit survival mereka dalam EPL walaupun masih 9 mata daripada zon selamat.

Dengan kekalahan ini pula, Manchester United kini hanya 1 mata di atas Liverpool dalam usaha mereka mahu menamatkan musim sebagai naib juara. Man. United masih ada kelebihan 1 perlawanan.

Manchester City menyamai pencapaian Man. United musim 2000/01 untuk menjuarai EPL dengan jumlah perlawanan paling sedikit.

Manchester City sebelum ini sudah menjuarai Piala Carabao. Tahniah Manchester City, dan kepada penyokong Manchester City di Malaysia, raikanlah!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN